Heboh baru-baru ini mengenai usahawan dan pempengaruh, Asyalliee Ahmad selepas membuat pengumuman mengejut akan bubarkan sistem ejen dalam perniagaannya.
Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut kerana dianggap tidak menghargai mereka yang telah lama bersama menjadi ejen keluaran tudung jenamanya, Asyalliee Scarves. Malah, menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sedutan TikTok live pempengaruh tersebut, dia turut berkata agent kepada produk penjagaan kulit turut dibubarkan. Malah, ada netizen yang mendakwa kekayaan yang dimiliki pempengaruh ini adalah kerana sokongan stokis dan ejen yang banyak menaikkan nama produknya.
Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di Instagram Story milik Asyalliee, dia tampil meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi dalam keluaran produknya dimana stok tudung dan skincare tergantung. “Saya ingatkan, dekat ejen/stokis dah tak ada stok, rupanya masih ada. Menerusi hantaran di Instagram Story yang lain, pempengaruh ini turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat. Sekadar info, pempengaruh ini pernah tular suatu ketika dahulu dengan nama ‘Syasya Solero’ menerusi kontennya ‘Macam Cantik Je, Macam Comel Je’. Sumber: Xtra
|
outcast replied at 1-10-2022 03:09 PM
Eh dia bukan br cerai ngan asben dia kee
flipolivio replied at 1-10-2022 11:43 PM
eh yeke da cerai?
outcast replied at 2-10-2022 06:47 AM
Nampak kt court dlm ig aritu.. kalau ada angin2 sepoi2 kata nk divorce maknanya btol dh tu
ADVERTISEMENT