Bob Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada Jumaat. Kematian Bob disahkan oleh anak lelakinya, Ahmad Sufian.
"Semasa arwah ayah sesak nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Namun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah," katanya kepada mStar. Sebelum ini Bob yang berusia 58 tahun kurang sihat dan tahap penggunaan jantungnya tinggal 10 peratus. Arwah ketika itu bergantung pada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
Sejak beberapa tahun lalu, Bob pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung. Arwah juga pernah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang. Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Isyak. -CARI
|
ADVERTISEMENT