CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Syafiq Nak 'Kejar' Syamsul' - Yusof Haslam Tak Sangka Anak Warisi Legasinya Sebagai Pengarah

23-9-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 839| Komen: 10

Description: Datuk Yusof Haslam tidak pernah menyangka dua anaknya, Syamsul dan Syafiq akan mewarisi legasinya sebagai pengarah.
Datuk Yusof Haslam tidak pernah menyangka dua anaknya, Syamsul dan Syafiq akan mewarisi legasinya sebagai pengarah.

Yusof ketika dihubungi berkata, sebagai bapa, dia bangga melihat hasil kerja Syamsul dan Syafiq yang dianggap lebih kreatif.

"Saya sendiri pun tak jangka. Kalau bapa pengarah, anak akan jadi pengarah juga. Saya tak nafikan, ini adalah zaman mereka.


Harian Metro

"Apabila melihat hasil kerja mereka, saya dapat lihat bahawa mereka lebih kreatif kerana saya bekerja berdasarkan pengalaman dan lebih 'old school'," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Syamsul mencipta sejarah apabila filem arahannya, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan hampir RM100 juta, manakala Syafiq yang tampil dengan filem terbaharu, Abang Long Fadil 3 turut mencetus fenomena apabila filem berkenaan mencatat kutipan RM18 juta selepas 11 hari tayangan.

Sehingga hari ini, Syamsul sudah mengarah 11 filem dan Syafiq sebanyak 12 filem. Mereka juga bakal tampil dengan beberapa filem yang kini dalam peringkat pra dan pos produksi.

Yusof berkata, Syamsul dan Syafiq membesar dalam dunia perfileman dan memiliki kelebihan masing-masing.

"Sejak kecil, mereka dah lihat bapa mereka mengarah dan terdedah dengan bidang itu. Kebetulan, syarikat produksi milik saya, Skop Productions masih lagi bertahan sehingga hari ini.

"Saya hantar mereka untuk belajar ilmu perfileman secara formal. Jadi, mereka dapat menimba dua bentuk ilmu. Satu daripada pengalaman melihat bapa mereka dan satu lagi ilmu secara teori.

"Syamsul dan Syafiq ada kelebihan masing-masing. Karya-karya arahan Syamsul lebih kepada penceritaan (story telling) dan bermain dengan emosi, manakala Syafiq pula kelebihannya lebih kepada penggunaan teknologi seperti CGI (imej janaan komputer) dan sebagainya.



IG

"Jadi, mereka menghasilkan medium filem yang berbeza. Itu yang membuatkan mereka unik dalam cara mereka yang tersendiri," katanya.

Meneruskan legasinya dalam dunia perfileman, ia umpama persaingan sihat antara dua beradik ini.

"Syamsul mula mengarah ketika berusia 23 tahun, manakala Syafiq pula ketika berusia 18 tahun. Saya nampak banyak peningkatan mereka sebagai pengarah. Mereka belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan dalam setiap karya.

"Syafiq beritahu saya, dia nak 'kejar' abang dia. Dia sendiri pun ada merancang untuk arahkan filem epik, tapi bukan dalam masa terdekat. Mungkin setahun dua lagi. Kita akan dapat lihat filem epik dalam bahasa Syafiq pula selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Skop Productions juga bakal hadir dengan filem kepolisan pada Januari tahun depan. Difahamkan, Zul Ariffin akan ditampilkan sebagai pelakon utama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 23-9-2022 04:06 PM
Zul jadi polis ke? Besar bagak tu.. Jadi ala jebon.
Quote telracs 23-9-2022 04:40 PM
Baru awak sorang je ke yang komen?
Quote GegarVaganja 23-9-2022 05:32 PM
Iyolah tak sangka anak pun jadi pengarah.
Bukan ke Syafiq ni pernah jadi kurator twtfilem ke.
Kan dia pernah cakap, apak dia yang tak bagi heshe belajar benda lain.



Quote Redmyvi 23-9-2022 06:43 PM
yela nk jadi apa lagikan selain pelakon dan pengarah..
Karang keje bawak lori tidak disayangi daddy plak..
Quote Perawankota 23-9-2022 07:27 PM
Takpe syafiq, aku tengok je cerita ko, wlupon remake..
Quote bedahmenjuyah 24-9-2022 09:42 AM
Perawankota replied at 23-9-2022 07:27 PM
Takpe syafiq, aku tengok je cerita ko, wlupon remake..

Ops hahaha
Quote bedahmenjuyah 24-9-2022 09:43 AM
Apak ni baru sebut psl si adik sbb filem dia box office ke. Tanya je
Quote ardent91 24-9-2022 11:11 AM
asal anak2 yusof haslam xder sorg pown mewarisi ruper die yer? bapak punyer hensem anak2 pulak so-so jer.. baka mak dorg tertumpah byak sgat...anak2 sumer mata sepet and hidong agak kembang...
Quote casper2022 26-9-2022 09:28 AM
tunggu cucu pulak... kot ikot jejak ayah n datuk
Quote sr10 26-9-2022 10:46 AM
ardent91 replied at 24-9-2022 11:11 AM
asal anak2 yusof haslam xder sorg pown mewarisi ruper die yer? bapak punyer hensem anak2 pulak so-so ...

waris ke cucu sedara

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-10-2022 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080336 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top