Perbuatan jijik bakal doktor menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam.
Lelaki Bangladesh, Zobaidul Amin, 24, pelajar sebuah universiti swasta itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Zobaidul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dibacakan dalam bahasa Inggeris. Zobaidul didakwa dengan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu pembuatan pronografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat. Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras. Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 Oktober 2021 sehingga 19 September lalu. Ketika prosiding, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius. Zahida berkata, sekiranya ikat jamin diberikan, dibimbangi tertuduh akan meneruskan aktiviti mengarahkan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa kanak-kanak secara online. Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Harvindar Singh pula memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya itu kerana kesalahan dilakukan boleh diberikan ikat jamin. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan diberikan kepada tertuduh sebanyak RM96,000 selain mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang lain. Dia kemudian dibawa ke Penjara Seremban selepas gagal membayar wang ikat jamin. Kes disebut semula pada 30 November depan. Terdahulu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenyataan memaklumkan, polis telah menahan tertuduh di sebuah rumah di Seremban pada Isnin lalu kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Katanya, dalam serbuan itu polis telah menemui sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit milik suspek. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual daripada mangsa yang terdiri dari kanak-kanak luar negara. Penahanan suspek yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi itu merupakan hasil kerjasama polis dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat. Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 22-9-2022 08:17 PM
Dia genius ka? Kalau genius kasik lepas aja la. Aset negara Bangla.
*senyum sinis*
Tinot7 replied at 22-9-2022 12:26 PM
mamat tu bknnya genius.. kalau genius, takdenya wat jurusan matematik... ntah apa kabo dia lepaih ...
Tinot7 replied at 22-9-2022 08:26 PM
mamat tu bknnya genius.. kalau genius, takdenya wat jurusan matematik... ntah apa kabo dia lepaih ...
dua_chzy replied at 22-9-2022 08:48 PM
Heols is Maths jinius horkeh!
https://says.com/my/news/math-genius-pedophile-is-now-studying-at-u ...
syamzana replied at 22-9-2022 08:53 PM
hidupppp rasanya jd tenaga pengajar sana kalau tak breach contract la.
ms iols selalu ke sana dulu ...
ADVERTISEMENT