CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerantut Tiada Telur

23-9-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1336| Komen: 13

Description: Kehabisan bekalan telur di beberapa pasar raya di Jerantut sejak minggu lalu menimbulkan kerunsingan golongan peniaga terutama mereka yang terlibat dengan perniagaan pastri.Bercakap kepada Utusan Mala ...
Kehabisan bekalan telur di beberapa pasar raya di Jerantut sejak minggu lalu menimbulkan kerunsingan golongan peniaga terutama mereka yang terlibat dengan perniagaan pastri.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengusaha kek pelangi, Farah Adila Jaafar, 33, berkata, ketiadaan telur menyebabkan dia terpaksa mengehadkan tempahan diterimanya.

“Kalau tidak ada telur macam mana hendak buat kek? Itu memang bahan utama untuk saya menghasilkan makanan ini,” katanya semalam.


Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya di Jerantut, Pahang mendapati bahagian telur kosong membabitkan semua jenis gred bahan mentah tersebut. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI


Dia juga perlu sentiasa berwaspada jika mendapat tahu ada pasar raya ataupun kedai yang menerima bekalan telur.

“Kena sentiasa bertanya kepada rakan-rakan untuk mengetahui pasar raya atau kedai runcit mana yang ada bekalan telur. Kalau dapat tahu, kena segera pergi ke sana. Kalau tidak, memang tak sempat hendak mendapatkan stok telur,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini pun berlaku kekurangan telur, namun bekalannya masih boleh diperolehi di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sini.

“Sebelum ini jika tiada di satu pasar raya, saya akan pergi ke pasar raya atau kedai runcit lain dan biasanya memang akan dapat juga bekalan telur. Tapi kali ini memang agak sukar dan habis,” katanya.

Pengusaha kedai runcit, Noorsuhada Suhaimi, 23, pula berkata, kedai runcitnya hanya menerima bekalan telur sebanyak 50 sarang sahaja yang mana ia tidak mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan.

Tambahnya, pembekal akan menghantar telur di kedai runcitnya di Kuala Tahan di sini dua minggu sekali dan ia habis terjual hanya dalam masa sehari.

“Ramai pelanggan terutama dalam kalangan peniaga kedai makan yang biasanya membeli banyak telur untuk perniagaan mereka. Kadang-kadang tidak sempat untuk orang lain.

“Tapi ada ketika saya kasihan dengan penduduk setempat, saya akan simpan sedikit untuk mereka dan tidak menjualnya sepenuhnya kepada peniaga,” katanya.

Utusan Malaysia difahamkan krisis telur turut berlaku di daerah Temerloh, yang mana seorang pengusaha kek di situ terpaksa menangguh seketika tempahan diterima kerana kesukaran memperoleh bekalan tersebut.

Pengusahanya, Aiedhah Nurfajrina Abdul Latif, 36, berkata, dia dimaklumkan oleh kedai yang biasanya dia membeli telur bahawa bekalan itu kehabisan stok.

“Saya risau kalau masalah ketiadaan telur ini berulang. Harap masalah ini tidak berlarutan lama,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 23-9-2022 10:38 AM
jerantut kerandut
Quote Skuau 23-9-2022 10:49 AM
La...aku igt depa ckp pasai YB dia td...
Quote cupu 23-9-2022 10:52 AM
Tempat aku pun dh 2 mgu xde telur..bkn xde lgsg..tp mcm bercatu je..sampai terhad xmcm biasa.
Quote insulin 23-9-2022 11:06 AM
Kasihan la bagi yang berpendapatan rendah yang jadikan telur ayam sebagai sumber protin utama.
Quote harkktuih 23-9-2022 11:10 AM
ayam senggugut?
Quote missyL 23-9-2022 12:18 PM
Telo pn mahal gile klo ade
13. 50 gred f i rase kcik gile
Quote Bawang123 23-9-2022 12:34 PM
Tajuk kauuu.. Mengundang. [em:10:]
Quote Artemesiaa 23-9-2022 12:36 PM
Harga nak naik ke macam mana
Quote Belibis 23-9-2022 12:45 PM
Pekan masih ada telor??
Quote kakikuDibibirmu 23-9-2022 02:27 PM
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah



[youtube]vTIIMJ9tUc8[/youtube]

[fbvlink]https://fb.watch/d-lUoTlnKs/[/fbvlink]

Telur kucing



39e97c43-1997-4962-bf64-ba91d261e7bb.jpg
Quote kakikuDibibirmu 23-9-2022 02:28 PM
Belibis replied at 23-9-2022 12:45 PM
Pekan masih ada telor??

roti najib, roti kosong tak ada telur




Quote nipskacang 23-9-2022 02:36 PM
Tempat aku pon takde adoi
Quote dani-rox 23-9-2022 02:51 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-9-2022 02:27 PM
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah  ...

heiii!




Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099736 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top