Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah pada hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.
Menerusi laporan mStar, aktor itu berkata, perniagaan tersebut sudah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk meneruskan impian berkenaan.
"Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia.
"Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel banyak negara selepas ini," katanya.
Walaupun bakal memulakan kehidupan baru di negara lain, Zul bagaimanapun berkata itu bukanlah bermakna dia memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.
Mengakui teruja untuk menjalani fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.
"Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.
"Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemil. Sambutan terhadap filem di pawagam juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahankan kerjaya seni.
"Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih produktif walaupun penat," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zul tampil dengan filem baharu lakonannya berjudul Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Sejak Arab Saudi dah liberalisasikan sosial dan ekonomi dia orang, ramai betul nak duduk sana. Hujung2 minggu boleh pi Jeddah, sejam sampai. Berpuluh2 concert ada di hujung minggu. K-pop concert pun ada, F1GP pun ada. Jeddah is Dubai in the making.