CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri! Terbuka Hijab Sebelum Meninggal

21-8-2015 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 68961| Komen: 247

Oleh Izzah Abbasy

Apa yang dimaksudkan dengan Hijab? Ia bermaksud sekatan yang memisahkan seseorang (sesuatu).



NABI S.A.W bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya.

Dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat." (Ibn Umar r.a)



Ikuti satu kisah berdasarkan pengalaman benar sesorang ini. 

Sebulan sebelum dia meninggal, arwah memang berkelakuan pelik. Aku pun tak tau kenapa hanya aku seorang je yang perasan dengan kelakuan arwah dalam masa sebulan sebelum meninggal tu. Hati aku kuat mengatakan abang akan pergi. Atas sebab apa hati aku yakin sebegitu, aku pun tak tau kenapa. Tapi, orang kata, berkelakuan pelik, sememangnya perkara biasa untuk orang yang bakal pergi. Kata orang, buang tabiat. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya.



Yang menjadi persoalannya, dalam masa kurang sebulan sebelum pergi, arwah banyak bercakap seorang diri. Termenung memerhatikan sesuatu. Ketika arwah masih mampu berjalan (sebab arwah 6 hari koma di hospital. 10 hari sebelum meninggal arwah memang dah tak larat bangun), dia selalu cakap ada seorang lelaki berjubah putih berkopiah duduk di meja makan kami. katanya, lelaki tu hanya memerhatikan dia. Tapi hakikatnya kami tak nampak pun. Mulanya kami abaikan sahaja, anggap dia mungkin mengigau atau berkhayal.

Tapi kejadian berikutnya pula adalah disaat arwah dah tak larat nak bangun dari pembaringan. Ketika itu, arwah baring ditengah-tengah ruang tamu. Mak pula solat. selepas usai bersolat, tiba-tiba abang bersuara dan berkata. "Kenapa mak dan semua orang tidak bacakan yasin untuk aku?" Selepas ditanya sebegitu, mak pun terus ambik yasin dan bacakan untuk dia. Bila dah abis bacaan, abang cakap lagi. "Siapa ramai-ramai yang bacakan yasin untuk aku tadi? Tak kenal pun."

Bila kami tanya bagaimana rupa mereka? Abang cakap mereka ramai, semua berbaju putih. Ada lelaki. Ada perempuan. Putih je rumah, katanya. Tapi kami tak nampak pun. Oleh itu, kami hanya cakap yang tiada sesiapa pun. Walaupun aku tahu, apa yang arwah nampak adalah sesuatu yang kami tidak nampak.

Selepas beberapa hari, arwah tiba-tiba pesan kat kami. "Nanti jangan tebang pokok besar tu. Kat situ ada perkampungan bunian. Nanti kalau dimusnahkan tempat tinggal mereka, mereka nak tinggal di mana. Kesian mereka. Mereka baik. Tak kacau orang pun" - sambil tunjuk kat sebelah kanan rumah. Tepi rumah kami memang tiada rumah dan kawasan tersebut luas. Yang ada cuma semak dan sebatang pokok. Sehingga  sampai sekarang pun, bila aku tengok pokok dan kawasan tu, rasa lapang semacam kawasannya walaupun hakikatnya terlampau tinggi semak dan lalangnya.

Daripada kisah hamba Allah ini ia mungkin pernah terjadi kepada ramai orang. Memang sukar untuk kita mengenalpasti seseorang yang akan kembali kepadaNya. Setiap kematian pasti akan lalui 100 hari tanda-tanda sebelum terhentinya denyutan jantung. Bagai manapun, ajal seseorang adalah hak mutlak ALLAH SWT. Perbanyakkan ibadah dan berbuat kebajikan agar kita dijemput dengan tenang dan damai. Wallaualam - CARI Infonet

9

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rolypoly 16-11-2012 11:38 PM
menarik cerita TT.
mungkin ada orang lain yang boleh kongsi pengalaman mcm TT ni.
Quote sham-xv1986 16-11-2012 11:43 PM
hmmm... bunyinye macam abg tt ni orang baik2 je... mesti dapat kelebihan cmni sebab kebaikan die...
Quote burque 17-11-2012 12:15 AM
seram la pulok
Quote burungantu 17-11-2012 12:48 AM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah.....kalau pengalaman mcm Tuan aerolz cerita ni.....memang saya pun pernah alami...

Bapa mertua -  ketika ayah hampir meninggal (usia 75 ) ...dia sehat je...tapi...dia memang dah tunjuk tanda tanda nak pergi...
antaranya : ayah ada pesan kat mak....tak lama lagi..ramai orang nak datang rumah kita...bersiap le apa yg patut.....
- dia pandang keluar tingkap bilik baca ...sambil bagi tau mak...Ramai org kat bawah tu...pakai baju putih...siapa?.. (masa tu..tak ada siapa kat situ)
- Bila dia ke specialist center...dia pesan kat mak " aku ni payah nak tidur....nanti...di hospital ni aku tidur terus...jangan lah sedih " (masalah dia seblm meninggal...tak dapat tidur).
- Ayah dah siap siap tulis nomb pin & selit tepi kad atm dlm purse dia...sebagai persedian utk ambil duit...bila dia meninggal..
-  Ayah masuk hospital petang....dr bago oksigen...dia dpt tidur lena....sampai pagi (dlm 8 am) tiba tiba dia nazak & terus kembali kerahmatullah.




Opah saya : cerita ni masa usia saya dlm 11 tahun rasanya..Opah saya sakit tua (dlm 20 hari sebelum kematian dia)..saya bermain main tepi katil dia...& saya ber "imiginasi" yg depan saya ada seorg yg berdiri.
tiba tiba...Opah saya bersuara "siapa tu yg berdiri kat situ?"...sambil menunjuk ke arah orang "imiginasi" saya!...Masyaallah....masa tu..terus terdetik di hati saya....opah saya ni dah dekat nak meninggal...sebeb dia dapat lihat "makluk" yg ujud drp imiginasi saya...
( & saya masih tertanya...adakah setiap kali kita berimiginasi....ianya sebenarnya merupakan suatu yg benar ujud di alam ghaib?)..


- Rasanya...ada byk lagi kisah "terbuka hijab" sebelum meninggal spt cerita TT...
Quote Rafina 17-11-2012 01:07 AM
Arwah abg tt skt apa?
Quote zaiyid 17-11-2012 02:18 AM
seram lah plak bce post2 cmne tyme mase cmne,,
Quote shanshero 17-11-2012 02:41 AM
sebelum arwah nenek meninggal dia sering ternampak sorang kanak2. budak ni sering meneman nenek saya. katanya budak tu ada kat sebelah dia. kami tak nampak apa pun. tapi rasa seram pulak

satu malam tu arwah kata siapa yang beri salam kat luar rumah tu. esoknya arwah meninggal
Quote redz85 17-11-2012 09:02 AM
nenek aku pun kata dia nampak budak budak.. dia tanya mak aku anak sapa ni? semua cantik cantik belaka.. mak aku bohong cakap anak orang sebelah... terus nenek aku tak tanya lagi
Quote gitarpurple 17-11-2012 09:27 AM
wah.. best.. cite la lagi..

Quote marufie 17-11-2012 09:47 AM
Masa sy kecik nenek masa sakit2 tinggal dgn kami, satu hari semua org xde pegi mana tah, sy kena duduk rmh jaga nenek, ms tu umur sek rendah.
Nenek ada tanya, sape yg dtg tu..sy pun jenguk..xde sape nek, tu belakang langsir tu..memang xde sape pun

Baru ni ada terbaca blog satu ustaz lupa nama, dia cite lagi brp minggu sblm ayah dia meninggal..ayah dia cite kat dia sorang je..
-jangan cite kat mak, kesian dia ayah nak pegi dah
- ayah dah nampak tmpt tinggal ayah nanti, ayah suka tmpt tu ada taman yg cantik
-brp hari lg tah..dia pesan dah nak tiba masa lagi...hari kau panggil semua beradik..

Kalau jumpa lg blog tu sy bg link, sy suka je bc blog ustad2

Yg pasti waktu hampir nazak akan dtg setan yg merupai saudara2 yg bakal mati tu mengajak utk menyesatkan anak adam buat kali terakhir, marilah ikut kami masuk agama kami, kau akan selamat..tu kdg2 sblm nyswa habis tu si mati kata nampak abg dia ke yg dh lama meninggal or sedara2 lain..mrk inilah setan2 yg cuba utk menyesatkan si mati di saat2 akhir nyawa. Sbb tu disarankan baca yassin or quran waktu2 akhir ni. Wallahualam
Quote aerolz 17-11-2012 10:14 AM
sham-xv1986 posted on 16-11-2012 11:43 PM
hmmm... bunyinye macam abg tt ni orang baik2 je... mesti dapat kelebihan cmni sebab kebaikan die...

arwah memang baik orangnya. ramai sangat kawan dari ank rais yatim sampai la orang yang susah. ni kalau anak rais yatim ada baca, dia kenal la sape abg aku tu..

tapi nak kata arwah alim sangat tak la jugak. biasa biasa jee. cuma pergaulan dengan orang sekeliling, arwah memang sangat disenangi. tapi dalam banyak banyak tu, yang dengki pun ramai jugak. kenapa aku berani cakap arwah memang ramai kwan? sebab masa arwah meninggal, penuh surau bila nak solat jenazah, sampai tak muat. bila dia sakit kat hospital, 1 bus datang pegi lawat, siap pelawat terpaksa ambil turn n kena halau sebab ramai sangat. then bile dia dikebumikan, 3bus penuh kat tanah perkuburan. memang sangat ramai. dari yang kenal sampai tak kenal langsung. sampai mak cakap tak sangka selama hayat abg, rupanya dia memang berkawan dengan ramai org entah dari mane asal. serius aku cakap, coursemate aku hanya kenal aku as adik kepada abg aku. betapa dia lebih dikenali ramai.

btw, masa dia sakit, dia masih menuntut di ipta. masa tu, sistem pentadbiran macam tergendala. banyak kelas cancel semata mata nak g lawat dia.

masa dia dimandi dikafankan, hari hujan renyai, macam menangis. tapi once dah siap semua, tiba tiba hari cerah and panas balik. masa tu, memang satu rahmat la. mungkin itulah balasan untuk orang yang didoakan oleh ramai orang. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beramal soleh dan beriman. kepada sesiapa yang dah mendoakan arwah, terima kasih banyak.
Quote aerolz 17-11-2012 10:15 AM
burque posted on 17-11-2012 12:15 AM
seram la pulok

tak seram lagi ni. time jenazah dirumah mayat sepanjang malam tu, lagi banyak peristiwa seram. huhuu.
Quote skeezotone 17-11-2012 10:17 AM
tiba2 tringat kat arwah kenalan aku ni..bnda happened dlm bln pose. kisah org nak mati yg sgt berperangai kool. mlm sblom dia nk meninggal, dia jumpa semua kengkawan dia.. setiap org yg dia jumpa dia akn salam n mintak maaf. katanya esok dia dh nk meninggal. malaikat dh dtg jupe dia sblom ni n bg tarikh bila dia nk meninggal.. pk2 mmg cam nonsense kesah ni.. dat's for real brahhh.. esoknya mmg arwah pergi ngadap Allah secara semulajadi tanpa apa2 panyakit@kemalangan.

eerrmmm.. tapi beberapa bulan sblom dia meninggal ada la kesah pelik ngn pangai dia. kalo ada mood nnti aku citer. hehehehe
Quote aerolz 17-11-2012 10:19 AM
burungantu posted on 17-11-2012 12:48 AM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah.....kalau pengalaman mcm Tuan aerolz c ...

share la lagi kisah burunghantu kat sini. sebenarnya, pandangan seseorang yang bakal mati yang jadi misteri sebab orang hidup seperti kita takkan alami. kecuali kita akan mati. hihii.
Quote aerolz 17-11-2012 10:23 AM
skeezotone posted on 17-11-2012 10:17 AM
tiba2 tringat kat arwah kenalan aku ni..bnda happened dlm bln pose. kisah org nak mati yg sgt berper ...

wah kire untung la die. malaikat siap bagi tarikh ag nak mati. leh ready. tanpa sakit lagi tu. sakit mati je. semoga arwah ditempatkan dalam golongan beriman.

citer la lagi k. aku tunggguuuu..
Quote aerolz 17-11-2012 10:25 AM
Rafina posted on 17-11-2012 01:07 AM
Arwah abg tt skt apa?

arwah meninggal sebab pneumonia.
Quote aerolz 17-11-2012 10:27 AM
shanshero posted on 17-11-2012 02:41 AM
sebelum arwah nenek meninggal dia sering ternampak sorang kanak2. budak ni sering meneman nenek saya ...

erk, seram jugak bila bagi salam. pastu esok dah takde. budak tu nak lawat dia la kot.
Quote skeezotone 17-11-2012 10:27 AM
aerolz posted on 17-11-2012 10:23 AM
wah kire untung la die. malaikat siap bagi tarikh ag nak mati. leh ready. tanpa sakit lagi tu. sak ...

tapi ada sket citer yg wat aku kompius dgn kata2 dia sblom dia mati. dia kata dia dah meninggal lama dah. dia meninggal masa dia xcident dulu (dia prnah xcident tp selamat). xpaham aku..
Quote aerolz 17-11-2012 10:29 AM
redz85 posted on 17-11-2012 09:02 AM
nenek aku pun kata dia nampak budak budak.. dia tanya mak aku anak sapa ni? semua cantik cantik bela ...

kesian nenek redz. tak pasal pasal kena tipu. padahal mesti dia nak tau sangat sape budak budak cantik tu kan..

Lihat semua komen(247)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050802 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top