CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Israel Dipukul Sampai Mati

22-9-2022 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1095| Komen: 1

Seorang wanita Israel berusia 84 tahun, dipukul hingga mati di Israel pada Selasa, dalam apa yang dipercayai polis sebagai 'serangan pengganas'.

Serangan itu berlaku pada sebelah petang di Holon, pinggir selatan Tel Aviv, Xinhua memetik laporan akhbar berbahasa Ibrani, Haaretz.

Rakaman video pengawasan menunjukkan seorang lelaki menghampiri wanita itu dari belakang dan memukulnya dengan objek, menurut laporan itu.


Gambar hiasan

Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perkhidmatan perubatan kecemasan di negara itu, Magen David Adom.


Dia ditemukan dengan kecederaan di muka, kata perkhidmatan itu dalam satu kenyataan.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Ketua Polis Kobi Shabtai menyifatkan insiden itu sebagai 'serangan pengganas yang serius'.

"Pada masa ini ia kelihatan seperti serangan pengganas," katanya sambil menambah bahawa polis "sedang mencari penyerang berkenaan."

Stesen berita milik Israel, Kan TV, mengenal pasti suspek sebagai lelaki berusia 28 tahun dari bandar Qalqilya di utara Tebing Barat yang bekerja di tapak pembinaan di Holon, berhampiran lokasi serangan.

Mangsa tinggal beberapa meter dari tempat kejadian, dan dalam perjalanan pulang ke rumah apabila suspek menyerangnya, lapor Kan.

Serangan itu berlaku ketika pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 23-9-2022 01:26 AM
Alasan. Diorang sengaja jadikan puak sendiri sebagai mangsa supaya ada alasan untuk serang warga Palestin

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.040642 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top