CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tragedi Majlis Konvokesyen, 5 Graduan Kemalangan Dalam Perjalanan

22-9-2022 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3039| Komen: 44

Description: Hasrat lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menghadiri majlis konvokesyen tidak kesampaian apabila terlibat nahas di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan ...
Hasrat lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menghadiri majlis konvokesyen tidak kesampaian apabila terlibat nahas di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, awal pagi ini.


Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.


Foto ihsan JBPM

"Kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun, telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

"Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah.


Foto ihsan JBPM

"Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaaan ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Noor Azam berkata, kesemua mangsa dipercayai akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam.


Foto ihsan JBPM

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pu3_rania 22-9-2022 05:20 PM
Alahai kesiannya
Quote takayama 22-9-2022 05:24 PM
yg parah tu duduk di seat co-driver ke?
Moga dipermudahkn buat anak2 ni dan yg cedera parah akan diberi kesembuhan
Quote VitchyPinkVitch 22-9-2022 05:25 PM
Microsleep ke tp naik ramai2, mesti la kecoh2 sembang dlm kete. xkan yg lain tidoo je. Moga cepat sembuh la adik2.
Quote noor2 22-9-2022 05:30 PM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...

Quote Thunderclouds 22-9-2022 06:01 PM
noor2 replied at 22-9-2022 05:30 PM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...

Mmg dibiar berdikari tu kak noor. Kadang2 duduk jauh nk konvo makAyah kna carik penginapan. Kos tu nak2 xdak umah sedara mara nk menumpang. Or parents grk asing depa jln dulu. Berita sekerat. Laki sy konvo preh moto sorg2 ja. Abeh mejelis masuk keja blk,amik hafday
Quote imanjannah 22-9-2022 06:02 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga cepat sembuh semuanya
Quote LadyCarefree 22-9-2022 06:04 PM
VitchyPinkVitch replied at 22-9-2022 04:25 PM
Microsleep ke tp naik ramai2, mesti la kecoh2 sembang dlm kete. xkan yg lain tidoo je. Moga cepat se ...

Kdg2 bising2 gelak sakan pun menggangu pemandu juga esp pemandu sama naik terlalu berseronok. Tapi buat apa laaaaa buat perjalanan pepagi buta gini.
Quote noor2 22-9-2022 06:07 PM
Thunderclouds replied at 22-9-2022 06:01 PM
Mmg dibiar berdikari tu kak noor. Kadang2 duduk jauh nk konvo makAyah kna carik penginapan. Kos tu ...

Waktu perjalanan tu penting..elakkan la balik lewat pagi...kalau kita bawak elok pun takut pemandu  kenderaan lain yg mengantuk...langgar kita
Quote Perawankota 23-9-2022 02:17 AM
VitchyPinkVitch: Microsleep ke tp naik ramai2,  ...


Kalau tengok waktu tu awal pagi.. Maybe yg lain2 tu dah tido.. Dia sorg je drive..

Aku dulu paling tak suka klu pi car trip dgn kawan2. Aku tak reti drive, tapi selalu kena teman driver lah borak2 kasik ilang ngantok. Yang lain2 sedap tido.. Pastu bila smpi destinasi, aku ngantok, sedap2 je ckp tak kan ngantok lagi, bkn aku pon drive.. Yang tido tu dorg, aku ni punyalah nak kena teman org drive.. Bila dah selalu kena, aku dah malas nk ajak ramai2..
Quote ninja boy 23-9-2022 08:28 AM
Sayang sekali penat habis belajar sudah innalillah, ptptn lagi,
Quote Cassieopeia 23-9-2022 09:05 AM
kesiannya..moga cpt sembuh. takda rezeki nk konvo skrg.
Quote epullipan 23-9-2022 09:37 AM
may Allah ease everything..kesian baru nak hadap hari best kena ujian mmacamni
Quote prince_marhaen 23-9-2022 09:54 AM
Perawankota replied at 23-9-2022 02:17 AM
Kalau tengok waktu tu awal pagi.. Maybe yg lain2 tu dah tido.. Dia sorg je drive..

Aku dulu palin ...

SAMAAAA! Meols ni gemok, so each time carpool jalan-jalan travel roadtrip, meols for sure kena duk seat depan co-driver kan.. yang kekonon kurus tu dok belakang ramai-ramai... pung pang pung pang terus membuta.. macam haritu trip JB-Penang... meols ni lah yang bagi gula-gula, siapkan asam, layan driver...driver pun lorat tak nak org lain drive keta dia...hanya tukar sekejap je ngan sorg lagi, layan bukak lagu fav dia.. to woke them up lah..yang lain sedap membuta ye... sampai Penang meols dah rabak gila dah...suruh diorang uruskan beli breakfast & checkin homestay apa semua, meols nak duk belakang lelap kejap... semua menggelupohh ye kata meols tak fun, kuat tido, selfish apa semua...sundal betul!..lepas tu terus spoil mood meols nak bercuti.. hanjenggg!


Quote Nnasda53 23-9-2022 11:10 AM
Kesian nya..semoga cepat sembuh dan baik2 sahaja semuanya.
Quote gigahertz 23-9-2022 11:14 AM
noor2 replied at 22-9-2022 09:30 AM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...

I ada baca semalam katanya budak2 ni
Bukan pergi konvokesyen
Quote DayangKirana 23-9-2022 11:25 AM
teringat my junior dulu...fatal accident on her way amik jubah convo.. Al-Fatihah to Nor'aasikin.. Miss you dearly..
Quote Buritan 23-9-2022 11:31 AM
noor2 replied at 22-9-2022 05:30 PM
Budak2 ni x de mak bapak ke cane...sb berani betul bg anak2 drive pagi2 buta jauh2 perjalanan...

Ade.. anak aku yg baru .masuk ni pun dah garit nak naik kete dgn kenkawan.. aku bg jawapan big big nooo sebeso alam..

Ape jd aku yg tggung dan nyosal
Quote noor2 23-9-2022 12:32 PM
Buritan replied at 23-9-2022 11:31 AM
Ade.. anak aku yg baru .masuk ni pun dah garit nak naik kete dgn kenkawan.. aku bg jawapan big big ...

Tahniah..rasanya anak kita sebaya ni...
Quote noor2 23-9-2022 12:34 PM
gigahertz replied at 23-9-2022 11:14 AM
I ada baca semalam katanya budak2 ni
Bukan pergi konvokesyen

Oh..pi register ke apa..mmg bulan 10 ni kemasukan U...tapi x kan sendiri2...patut mak pak sekali

Lihat semua komen(44)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.075302 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top