CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Lelaki 3 Pagi Sanggup Keluar Tolong Kawan Motor Rosak, Tapi Pinggan Sebiji Tak Nak Basuh"

22-9-2022 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5055| Komen: 85

Satu perkongsian di media sosial menyatakan golongan lelaki sememangnya hebat dan suka membantu rakan-rakan ketika berada dalam kesusahan menjadi pendebatan ketika ini.


Menurut perkongsian tersebut, biarpun pukul 3 pagi jika terdapat kecemasan dan mendapat panggilan rakan yang berada dalam kesusahan, kaum lelaki pasti akan membantu.

Ada juga golongan lelaki ini sanggup lakukan apa sahaja demi rakannya seperti kerosakan kereta mahupun tayar motosikal pancit, mereka pasti menghulurkan bantuan.


Gambar Hiasan

Namun perkongsian tersebut menjelaskan, sehebat dan seringan mana tulang lelaki itu, pinggan sebiji dalam sink tidak pernah dibasuh.


Rata-rata pengguna media sosial juga bersetuju dengan perkongsian tersebut dan ada juga yang menafikan perkara itu.



“Dengan kawan mereka pukul 3 pagi keluar lagi kalau ada kecemasan, bantu kawan-kawan tapi dekat rumah sampah dan pinggan tidak pernahnya basuh.

“Mungkin kaum lelaki ni begitu semuanya, dengan kawan ni mereka akan saling bantu membantu, suami saya pun sama,” jelas Farrah Hannan.

“Tidak semua rasanya, suami saya biasa sahaja malah dia yang bantu cuci baju dan pinggan dalam sink selama ini.

“Tiada istilah dia hanya bantu kawannya sahaja, suami akan pastikan kerja rumah yang saya tidak sempat siapkan, dia akan bantu walaubagaimana sekalipun,” jelas Suhanan Samudin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 22-9-2022 08:39 AM
Ada isteri would rather do it herself...giler ko mana wedgewoodnya, narumi nya, noritakenya....

Enuf said
Quote ekselen 22-9-2022 09:31 AM
Edited by ekselen at 22-9-2022 09:33 AM

Dah namanya pun manusia mcm2 perangai.. Yg laki mcm ni,yg bini mcm tu... Jgn samakan semua org kerana seorg yg mcm tu... Yg membezakan seorg ngan seorg yg lain adalah didikan, cara dibesarkan, pengaruh persekitaran dan of course genetik pun memainkan peranan. Tak perlu la krn sorg laki aka hasben yg x bleh nk basuh mangkuk tu terpalit kt semua hasben jgk.. Sama gak kalo bini yg kuat merempan upload fb 24 jam, bkn semua bini mcm tu... Stop2 la brought up too much benda2 mcm ni... Semuanya lebih pd lack of pendidikan utk ambil tanggungjwb itu sendiri tanpa perlu nk arah2 atau tuding jari... Ada bini yg merelakan/merajakan suami sbb utk dpt pahala, ada suami mmg jenis ringan tulang sbb didikan parents/keturunan yg pandai berdikari... It's up to us on how to deal with this matter... Kalo bini sanggup utk hadap suami mcm tu, why bother? She should ask him if she wanted to... Ada org boleh pikir sendiri, ada org x mampu nk pikir so kena ketuk dulu br jalan... It's how you accept the world as it is...manusia xkan mampu nk puaskan hati org lain...hanya gunakan akal yg bijak dan sikit rasa empati utk berubah...
Quote chandrahusin 22-9-2022 09:32 AM
Laki ko yg pemalas habis pukul rata semua lelaki
Ramai dh lelaki basuh pinggan
Abg ipar aku siap basuh kan pinggan semua org lagi pagi2 hujung minggu
Quote Thunderclouds 22-9-2022 09:34 AM
Sad. But true. Pokok pangkalnya didikan makAyah. Kalo jenis mak yg biasakn ank lelaki angkat jari xdak masalah. Yg jenis suma mak sediakan/siapkan tu yg bwk sampai ke tua. Jd masalah kt bini masing2. Laki aku typical mulayu. Mmg aku slalu hamok. Mil aku mmg betul2 khadam ank2 & somi. And she's proud of it. So how?
Quote sukacactus 22-9-2022 09:45 AM
Oh kalau gitu laki aku la paling hebat
Dia akn basuh pinggan, mangkuk, periuk siap cuci dapo skali
Quote H0rr0rfan 22-9-2022 09:48 AM
Ni artikel bodoh...ada je lelaki yang pandai buat kerja rumah
Quote stingerbumpy 22-9-2022 09:54 AM
sukacactus replied at 22-9-2022 09:45 AM
Oh kalau gitu laki aku la paling hebat
Dia akn basuh pinggan, mangkuk, periuk siap cuci dapo skali:l ...

Syukurler bewak komodorenya yg tidak bersifat full fledged ....dah ko kena ambil tugasnya keluar bekerja cari rezeki utk keluarga kheunz?
Quote FOTHER-MUCKER 22-9-2022 09:55 AM
Yang selalu basuh pinggan mangkuk  dan masukan dan keluarkan pakaian dari mesin basuh tu saya lah.

Tak semua lelaki malas.

Malah yang selalu kemaskan fridge freezer pun saya!
Quote stingerbumpy 22-9-2022 09:56 AM
chandrahusin replied at 22-9-2022 09:32 AM
Laki ko yg pemalas habis pukul rata semua lelaki
Ramai dh lelaki basuh pinggan
Abg ipar aku siap ba ...

Isterinya bekerja tak?
Quote VespaSilbe 22-9-2022 09:57 AM
laki aku lagi rare.. basuh pinggan tapi cawan aku seketui dia tak basuh.. everytime gituhh..
Quote yenil95 22-9-2022 09:59 AM
bukan semua lelaki mcm tu..ayah achik, suami achik semua basuh pinggan sendiri. Dan anak2 lelaki achik semua achik latih basuh pinggan, tolong ampai baju, baru basuh, cuci toilet dan vakum rumah.

Sikap lelaki ni bergantung pada didikan dari mak ayah mereka. Kalau mak jenis manjakan anak lelaki, memang akan bawa perangai tu bila kawen.
Quote felinecat 22-9-2022 10:36 AM
ni semua family brought up...memang ade family yg xbg anak lelaki buat kerja rumah, xmarah anak laki bangun lambat, lepas makan tinggal..yg penatnye siblings perempuan..org mcm ni kene kawen dgn bini garang, baru padan die..dlu2 risau juga, nasib baik suami jenis buat kerja rumah, pembersih, Alhamdulillah..xdpt bayang kalau terkawen lelaki pemalas, pakej malas mandi, ewww
Quote chandrahusin 22-9-2022 10:55 AM
stingerbumpy replied at 22-9-2022 09:56 AM
Isterinya bekerja tak?

Kakak gua tak keja
Mmg surirumah sejak awal kawin
Tpi dlm rumah dia rules dia
Semua kena basuh pinggan sndr lps makan
Anak2 jantan dia siap boleh masak lauk2 simple
Quote s@s@ 22-9-2022 10:57 AM
bila laki ko ada masalah pukul 3 pagi, kawan lelaki dia tu yg turun gak kan.

Quote KamikuP 22-9-2022 10:59 AM
Yg pemalas tu laki ko pastu merempan kat media sosial.. hadap jer la sbb ko kan spesis asal berlaki khuenzz...
Mcm meollss tugas basuh sidai angkat baju kerja meolls.. basuh pinggan cawan segala anak dara meollss.. while wife meolls masak guna Tmix.. ko mampooo?
Quote vespa_oren 22-9-2022 11:01 AM
mak aku Suri rumah jadi anak lelaki memg x basuh pinggan, abang aku siap tinggal jer kat meja makan
tapi aku dulu pas hbs belajar, kerja hotel jadi steward bukan setakat pinggan, dapur pun aku cuci, lepas tu terus aku cuci pinggan pakej cuci dapur mak aku sampai clear, sbb timbul keinsafan
Quote vespa_oren 22-9-2022 11:03 AM
ada kawan aku siap beli drainwash untuk org rumah diaorg, padahal anak sorg jer siap bini tu upload status bangga laki dia belikan
Quote takayama 22-9-2022 11:06 AM
adik bongsu kaka seblm kawen ya ampun pemalas namatey tp lps kawen terkejut kami kakak2 dia sbb begitu rajin sekali, selain kena tolong mertua kt kebun dia juga jaga anak lbh dr bini dia yg jaga, sekrg kami mmg gelak ajelah dia bila anak dia akan dtg kt dia minta buat susu instead ke bini dia smp biji dia asyik minta maaf, kami plk ehhhh biarlah dia buat, seblm ni penat ajar dan paksa dia buat dek aje now rasain lorhhhh
Quote fatimahmarkonah 22-9-2022 11:06 AM
Iols kalo blk umah in law. Skit ati tgk bil iols. Kalo fil tu iols lntak lah dia nk mkn bsuh tgn dkt tmpt mkn pastu pggn tggai.ini, bil iols buat mcm tu. nk je aku tunjal2 kn kepala. Bile komplen dkt somi iols dia kata mls nk tegur da besar katanye.haish kecik beso kecik beso je.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062525 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top