CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Pengawal Keselamatan Dan CCTV, Ramai Penumpang KTM Risau Motor Dicuri

22-9-2022 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 739| Komen: 0

Description: SUNGAI PETANI – Penumpang tren di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani dan Gurun dekat sini melahirkan kebimbangan de­ngan kes kecurian motosikal di kawasan letak kenderaan ber­ ...
SUNGAI PETANI – Penumpang tren di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani dan Gurun dekat sini melahirkan kebimbangan de­ngan kes kecurian motosikal di kawasan letak kenderaan ber­kenaan.


Kebimbangan itu hadir selepas tiada lagi pengawal ke­selamatan yang ditempatkan di pintu masuk tempat letak ken­deraan selain tiadanya pengawasan televisyen litar tertutup (CCTV).

Seorang pemilik motosikal, Mohd. Dahari Mat Taib, 38, berkata, dia telah hampir setahun menggunakan pengangkutan awam di situ untuk berulang-alik ke tempat kerjanya di Alor Setar.


Foto: Kosmo

“Walaupun saya hanya me­ninggalkan motosikal selama kira-kira 12 jam sehari dan mengambil langkah keselamatan dengan menggunakan kunci tambahan, namun saya sentiasa bimbang motosikal dicuri.

“Ini kerana, ada beberapa kali berlaku kes kecurian di kawasan letak kenderaan ini,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi pengguna, Jauhari Sabtu,4 5, yang menggunakan tren awal pagi ke tempat kerjanya di sebuah pelabuhan di Butterworth, Pulau Pinang turut risau setiap kali meninggalkan motosikal Honda EX5 di situ.

“Memang takut dan bimbang terutama jika terpaksa balik lewat kerana perlu melakukan kerja lebih masa,” katanya.

Pekerja pembersihan di KTMB Sungai Petani, Farid Ramli, 28, pula berkata, dia sering mende­ngar keluhan pemilik motosikal yang bimbang kehilangan ken­deraan mereka.

“Daripada apa yang diketahui, KTMB tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada kenderaan yang diletakkan di situ,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan 13 kes kecurian motosikal di KTMB Sungai Petani dan Gurun sejak Januari lalu hingga September ini.

“Untuk rekod, sebanyak 22 kes kecurian motosikal dilaporkan pada tahun 2020, manakala pada tahun 2021 terdapat 10 kecurian motosikal.

“Antara motosikal yang kerap dilaporkan hilang adalah Honda EX5, Yamaha Y15, Bonus SYM dan Modenas Kriss,” katanya.

Tambahnya, kes kecurian motosikal disiasat mengikut Sek­syen 379A Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043099 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top