CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Suhairi Tampil Dengan Lagu Baharu Tapi Ada Netizen Suruh Buka Tudung

22-9-2022 11:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1754| Komen: 6|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi, Sarah Suhairi yang bakatnya semakin bersinar selepas muncul juara Big Stage musim pertama seolah-olah sepi dari dunia seni sedangkan hakikatnya dia sibuk dengan karier dan tampil dengan lagu baharu beberapa minggu lalu.

Menerusi laporan mStar, penyanyi berusia 22 tahun itu sendiri menyedari kehadirannya dalam industri seakan-akan tidak disedari umum.

"Saya sedar, saya macam wujud tak wujud tapi saya ada. Saya fokus pada nyanyian, ada projek dan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya sibuk dengan urusan seharian. Tapi, untuk cerita sensasi memang kurang," katanya.



Bagaimanapun, kata Sarah, sejak video muzik lagu baharunya berjudul Burn dilancarkan, dia menerima komen kurang menyenangkan apabila ada antara netizen yang menyarankan agar penyanyi itu 'membuang' sahaja tudungnya.

Enggan melayan komen negatif tersebut, Sarah memilih untuk mengabaikan kritikan berkenaan demi kesihatan mentalnya.


"Saya anggap orang yang menulis komen itu mungkin dia nak lepaskan geram. Pendapat masing-masing. Tapi, saya tahu diri saya. Saya ada pendirian dan saya akan berpegang pada pendirian itu yang sejak awal saya terapkan.

"Kepada yang nak lepas geram tu, cari tempat sesuai untuk lepaskan geram dan ruangan komen di MV saya itu bukanlah tempatnya," kata Sarah. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 22-9-2022 02:06 PM
Menyanyi 'suara hidung dia ni
Quote Thunderclouds 22-9-2022 02:23 PM
Xbungkus,bising disuruh bungkus. Dh bbungkus,suruh bukak pulek. Suma xkena ngn tekak nurtizen walau kehidupan sundri tonggang tebalik
Quote Begbiru 22-9-2022 02:31 PM
good job sarah!  keep coming up with new product dari cite yang bukan2...
Quote JDT 22-9-2022 05:18 PM
She's good, semuga beroleh sukses dalam bidang nyanyian.
Quote pembacagosip 22-9-2022 05:53 PM
suara ok la sedap juga
Quote September14 22-9-2022 06:16 PM
Aku rasa ada logiknya jgk netizens suh buka tudung sbb korg btudung lpstu aurat x tutup smpurna lpstu terkinja3 mcm berok makyeh.. dah mencemar imej tutup aurat yg sebetulnya… elok mcm dlu lah mana ada retis btudung… yg btudung ni xyah la kut gedik nak jd retis

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053495 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top