Selepas bahagian belakang terdedah, Janna Nick sekali lagi menjadi buah mulut apabila didakwa sengaja menayang punggung. Dalam satu video tular di TikTok, pelakon dan pengarah itu hadir ke majlis tayangan filem Juang bergaun peach. Bagaimanapun, bentuk tubuh yang terlihat dari belakang ketika duduk membuat netizen meninggalkan komen negatif.
Selain mengecam, ada juga beberapa komen nakal berbaur lucah. Sedar dirinya dihujani komen negatif, Janna tampil menjelaskan video tular yang dirakam secara spontan oleh peminat itu. "Video yang viral tu, video dari peminat yang hadir ke acara tersebut. Peminat tu seorang perempuan dan dia bawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya. Bukan tayang bontot. "Dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak. Kamu gatal, gatal, gatal. "Habis tu nak kena buat apa ni? Kasihan jadi perempuan semua benda nak dijadikan seggs symbol. Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal... tengok buah epal pun dia bernafsu," ujarnya kepada mStar
|
ninja9: cantiknya jana
LadyCarefree replied at 21-9-2022 11:12 PM
In real life dia cantik dari dalam gambar.
ADVERTISEMENT