Keadaan ekonomi dunia ketika ini masih belum pulih sepenuhnya akibat dunia dilanda pandemik Covid-19 sejak 2020 yang bukan saja mengorbankan banyak nyawa malah ramai yang hilang sumber pendapatan. Walaupun pandemik Covid-19 dilihat sudah mula hampir pulih sepenuhnya namun perkembangan ekonomi dunia masih berada ditahap tidak baik malah dilihat semakin lemah. Baru-baru ini, tular mengenai ucapan Presiden Indonesia Joko Widodo yang memberitahu keadaan ekonomi kini pada tahap membimbangkan telah menimbulkan kerisauan orang ramai.
Memetik laporan Kompas.com, Joko Widodo atau dipanggil Jokowi menerusi video itu menerangkan mengenai keadaan ekonomi pada 2023 akan lebih buruk dan turut menjangkakan tahun depan akan lebih sukar berbanding tahun ini. Beliau berkata demikian selepas peroleh maklumat ringkas ketika bertemu beberapa pemimpin tertinggi seperti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, ketua institusi antarabangsa dan semua ketua negara G7. “Sekarang ini memang dunia berada pada posisi yang tidak mudah, pada keadaan yang sangat sulit sekali..tahun ini kita akan sulit, terus kemudian seperti apa? “Pemimpin dunia itu berkata tahun ini kita melalui masa yang sukar, jadi bagaimana tahun depan? “Tahun depan keadaan ekonomi akan gelap, ini bukan mengenai Indonesia…tetapi mengenai dunia!” katanya semasa pembukaan Himpunan Nasional Persatuan Pensiunan Angkatan Darat Indonesia (PPAD) di Indonesia pada Ogos lepas. Difahamkan, sebanyak 66 negara yang didakwa akan mengalami kejatuhan ekonomi seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PBB, Guterres dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semasa perjumpaan itu. Ujarnya, kejatuhan ekonomi negara di dunia tidak berlaku dalam tempoh drastik, tetapi secara beransur-ansur malah sehingga kini ratusan juta penduduk dunia dipercayai sedang kelaparan. “Mereka memberi butiran secara terperinci mengenai masalah yang membimbangkan dan kini seramai 320 juta orang di dunia sudah menghadapi inflasi kekurangan makanan,” katanya dalam persidangan itu. Tambah laporan lagi, beliau memaklumkan perkara itu ekoran telah berlaku kejatuhan dari semua aspek, manakala inflasi pula menunjukkan peningkatan. “Saya sampaikan ini kerana kedudukan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja turun malah semuanya jatuh. “Pertumbuhan ekonomi turun tetapi inflasi meningkat dan harga barang semakin meningkat. Dunia dalam keadaan teruk,” katanya dalam nada kerisauan. Terdahulu, Jokowi membuat keputusan menaikkan harga petrol sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia berikutan kos sara hidup meningkat. Jadi apakah persediaan kita jika apa yang dijangkakan benar-benar berlaku? - CARI |
kemaruk replied at 21-9-2022 05:46 PM
putin yang gila tu pon dah mula kerahkan rakyat russia jadi tentera
WW3 baru bermula
cmf_premierleag replied at 21-9-2022 05:50 PM
Calling for @pengecatbintang
Kebanyakan apa yg heshe/sheols (x pasti gender) cakap ms kobid tu byk ...
rastaf replied at 21-9-2022 05:49 PM
bukan ke memang dorang dok perang ngan ukraine?
cmf_premierleag replied at 21-9-2022 05:50 PM
Calling for @pengecatbintang
Kebanyakan apa yg heshe/sheols (x pasti gender) cakap ms kobid tu byk ...
pengecatbintang replied at 21-9-2022 06:21 PM
memula yg akan kena teruk adalah USA n Eropah..
Nnt kan 24 Sep (date Europe & USA), Asia & Mesi ...
AbukRokok replied at 21-9-2022 06:05 PM
dia bukan nostradamus
dia hanya bahasa malaysiakan apa yang orang putih dah bagitau
age of abundan ...
AbukRokok replied at 21-9-2022 06:05 PM
dia bukan nostradamus
dia hanya bahasa malaysiakan apa yang orang putih dah bagitau
age of abundan ...
sharlenetexas replied at 21-9-2022 06:22 PM
Nak caj kereta letrik camne?
ADVERTISEMENT