CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Kutuk Dapat Sambal Tumpah, Cara Khairul Aming Selesaikan Masalah Dipuji

21-9-2022 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5542| Komen: 53

Khairul Amin menerima krtikan apabila sambal yang dikirim kepada pelanggan tumpah sewaktu proses penghantaran

Susulan itu, Amin tampil memberikan penjelasan.


Foto: IG

Melalui video yang dimuat naik, dia telah memberikan jawapan yang cukup jelas dengan fakta-fakta yang tepat berkenaan proses pembungkusan dan penghantaran sambal keluarannya.

Influencer berkenaan juga turut memulakan video dengan minta maaf di atas apa yang berlaku dan akan menggantikan segera Sambal Nyet yang telah tumpah itu.

Menurutnya, keberangkalian untuk sambal tumpah amat rendah sejak dia menggunakan cara tersebut dan setiap minggu sebanyak 25,000 botol selamat sampai ke pelanggan, manakala hanya beberapa biji botol sahaja mengalami masalah terbabit.




Nampaknya cara Khairul Aming membuat penjelasan serta memberikan alasan mengapa pihaknya tidak meletakkan sambal tersebut di dalam kotak dan lebih memilih untuk membungkusnya menggunakan bubble wrap telah menerima pujian.

Penjelasan yang cukup ‘clear’ dari Khairul Aming telah membuatkan warganet berpuas hati dan memuji cara penyampaiannya.

Mereka juga mengatakan bahawa itulah pentingnya ilmu buat golongan muda yang ingin menjadi influencer ataupun entrepreneur kerana dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-9-2022 05:30 PM
Eloklah tak sentap tambah baik bagi penjelasan buat apa nak kecoh2
Quote pu3_rania 21-9-2022 05:40 PM
Suka sangat cara Khairul Aming yang amat berhemah dalam menangani isu yang di hadapi oleh customer
Dulu husband akan kirim berbotol-botol sambal Khairul Aming melalui parents yang melawat anak yang sulung masa tu study kat Scotland coz dia memang addicted dengan sambal ni
Kami tahu kewujudan sambal ni pun melalui anak yang sulung tu
Quote Kurex 21-9-2022 05:53 PM
Acik2 kepam busuk puji melambung sambal dia dan aku rasa, biasa je pun. takde standard betul acik2 kepam. Takde taste & class
Quote rogayahtop 21-9-2022 06:55 PM
KA ni kena tengok mcmana seller skincare package produk2 diorang, dgn sealed air nya mmg akak nak buang pun sayang pasal boleh upcycle ala2 maya karin. Kalau seller cerave sorang ni dkt shopee mmg package dia tip top tak ada yg leaking pun.
Quote gekkou 21-9-2022 08:02 PM
aku slalu beli sambal KA ni
sekali beli memang max 4 botol terus
so far tak pernah tumpah
dan aku tak pernah berebut beli
bila org kata asyik SOLD OUT
tiap kali aku nk beli aje je stok
Quote pooh~key 21-9-2022 08:05 PM
Kurex replied at 21-9-2022 05:53 PM
Acik2 kepam busuk puji melambung sambal dia dan aku rasa, biasa je pun. takde standard betul acik2 k ...

Itu jelah cara yang kau ada untuk up kan diri khen dek? By mocking others, dekkkk…..
Quote isseliparjepun 21-9-2022 08:19 PM
Sedap atau tak ni kan subjective. Biasalah tekak lain lain. Tapi cara dia menangani isu ni bagus juga. Dari nak tambah kos kotak, kalau ganti botol yang meleleh tu pun pasti lebih menjimatkan berbanding pakai kotak.
Quote akies 21-9-2022 09:04 PM
Iols je ke yg tak penah beli sambal KA ni
Quote matchstick 21-9-2022 09:18 PM
Dh failure rate very low tak perlu la pakai kotak..kurangkan sampah bagus utk environment. Acik kepam biforti mmg suka bagi rating kt online seller berdasarkan cara packaging, condition kotak waktu smpi etc. Padahal barang yg dibeli tu tak rosak pape pun. Langsung tak pikir impact lifestyle kita yg byk beli barang online zaman skrg ni terhadap environment. Diorg ingt dgn guna recycle bag waktu beli barang dapur utk jimat 20 Sen harga plastic bag dkt pasaraya tu dh cukup  dh utk support kempen alam sekitar
Quote Tinot7 21-9-2022 09:19 PM
akies replied at 21-9-2022 09:04 PM
Iols je ke yg tak penah beli sambal KA ni

Iols pun tak pernah try.. nak beli tapi tak kesampaian hasrat..

Iols pun tgk penjelasan KA kat insta arini.. mmg baguih la penjelasan dia..
Quote Tinot7 21-9-2022 09:24 PM
gekkou replied at 21-9-2022 08:02 PM
aku slalu beli sambal KA ni
sekali beli memang max 4 botol terus
so far tak pernah tumpah

Masa awai2 tuh mmg susah nak dpt.. iols cuba tak dpt..
Tadi cuba, ok jahh.. tazabar nak try pulak walopon iols tak mkn pedas.. hehe..
Quote stingerbumpy 21-9-2022 09:32 PM
Tinot7 replied at 21-9-2022 09:24 PM
Masa awai2 tuh mmg susah nak dpt.. iols cuba tak dpt..
Tadi cuba, ok jahh.. tazabar nak try pulak  ...

Ko benda yg trending semua musti nak try walapun diluar tabiat tabii ko...jgn nanti laki org yg tengah trending pun ko nak try jugak...baru aku karate ko...

Kahkahjahkahkah
Quote dudaberhias 21-9-2022 09:40 PM
Professional je cara dia jawab... Takde la sampai gigih nak mengderhakan customer tu sebab customer lupa nak baca doa untuk sambal tu sampai dengan selamat. Agitttuh. Jahlop patut belajar dengan KA ni. Dah kebetulan bisnes dia sendiri semua terkambuih.
Quote beatgirlX 21-9-2022 09:55 PM
Ni kali kedua dia gerpaking dgn issue yak berapa best tapi cara dia tangani tu buat ramai yg suka...
Keep it up..
Quote Tinot7 21-9-2022 10:48 PM
stingerbumpy replied at 21-9-2022 09:32 PM
Ko benda yg trending semua musti nak try walapun diluar tabiat tabii ko...jgn nanti laki org yg te ...

Mahap la.. takde selera dgn laki org samada suami ka bf ka..
Quote sabundettol 21-9-2022 11:56 PM
A good representation that wise and intelligent malay entrepreneur exist!
Quote Adrif 22-9-2022 01:05 AM
sabundettol replied at 21-9-2022 11:56 PM
A good representation that wise and intelligent malay entrepreneur exist!

kannn

harap2nya dia ni lah dijadikan contoh dan tauladan budak sekarang kalau nak buat bisnes

not those 2 so called millionaires yang perangai mengalahkan orang... ishh..
Quote sangbara2020 22-9-2022 07:45 AM
aku mmg suka amat dgn dia nih...kohkoh
sbb suara dia best...wasap gaisss...
Quote ladybugz 22-9-2022 08:25 AM
i rasa no. 1patut letak cost effiency tu. rasanya tu sbb utama. yg lain2 cuma alasan pula bg i. apepun harap KA ni x mudah rasa selesa n sentiasa cuba improve produk n dari segi rasa dan quality.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039623 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top