CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Pelakon Remaja Lakukan Gangguan Seksual Bebas Dengan Jaminan Polis

21-9-2022 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1204| Komen: 5

Polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan membabitkan bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang didakwa melakukan serangan seksual, pengabaian kebajikan dan memiliki bahan lucah terhadap anaknya itu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.



“Suspek yang direman tiga hari sejak Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat pada hari ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, semalam.

Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula 18 September lalu selama tiga hari untuk membantu siasatan.


Pada Sabtu, suspek ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 4.10 petang.

Tangkapan ke atas suspek adalah bagi membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh bekas isteri suspek tersebut.

Pada 6 September lalu, pelakon remaja itu membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Pelakon remaja berusia 15 tahun terbabit membuat laporan itu di IPD Subang Jaya mendakwa serangan seksual terbabit berlaku antara tahun 2013 hingga 2017 semasa ibu mangsa tiada di rumah. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-9-2022 07:44 PM
So, berapa lama kes ni akan berjalan ye?
Quote pooh~key 21-9-2022 07:50 PM
Akak syak
Quote pooh~key 21-9-2022 07:51 PM
Oi konen tak habis dah terklik reply, dekkkk…. Dah la, malas akak nak sambung komen sisthur.
Quote pooh~key 21-9-2022 08:05 PM
Konen apa lanjiau dek? Komen lah sis!
Quote spankee_fili 21-9-2022 08:28 PM
“Memiliki bahan lucah terhadap anaknya”
Mmm.. pakcik yg kata saya lebih kenal anak saudara saya yg banyak tipu tu mohon komen

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050834 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top