Sudah lama tidak tampil dengan karya lagu baharu, Asad Motawh rupanya dalam diam bergelar usahawan dan mengakui hidup selesa dengan tiga perniagaan yang diusahakannya.
Menerusi laporan Getaran, penyanyi yang baru berusia 21 tahun itu juga berjaya memiliki dua buah rumah jenis banglo dan 'private suites'. Bukan itu sahaja, dia juga memiliki sebuah kereta, pejabat selain menjadi majikan dengan mengupah lapan orang kakitangan di bawah syarikat perniagaannya.
Walaupun tak ada lagu baharu namun saya akui hidup selesa. Angka pendapatan, saya tak mahu sebut, Google sendiri.
"Saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat lanskap dan kini bisnes bahary saya adakah mengusahakan rumah produksi Motawh Production yang baru dibangunkan sejak sembilan bulan lalu.
"Saya ada pasukan sendiri. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan iklan klien jenama-jenama besar hasil kolaborasi dengan talent agency, Xeno," katanya.
Mengambil pendekatan untuk tidak menunjukkan kekayaannya di media sosial sepertimana individu tertentu, Asad merasakan sikap mempamerkan kekayaan tidak akan memberi apa-apa faedah kepadanya.
Sebaliknya, ia hanya akan mengundang cakap-cakap yang tidak enak didengar.
"Rumah pertama yang saya beli adalah ketika saya berusia 19 tahun. Sejujurnya, saya merasakan apa yang saya miliki ini biasa-biasa sahaja. Ia macam satu tanggungjawab.
"Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan artis kaya. Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjuk harta.
"Lagi pula, kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya," katanya lain. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
produksi buat iklan ni kan, satu SAAT klip je dah berpuluh ribu. So kalau iklan tu 10 saat korasa berapa? agittew...tu kawan meols punya produksi lah heshe citer selepas meols riki2
Memang banyak iklan muka dia ni sekarang
Yang paling i ingat iklan mister potato dgn si leona ke apa tu nama dia
Ok la tu daripada memalukan diri mcm kes nyanyi live kt indon dulu tu
what to expect...source pun portal Getaran punya gossip
btw igt Getaran, igt kat bebi Jera Jeri eberiting. Dah nikah kah? Kemahen hari tu kata Melodi nak buat live coverage