"Kau setakat Google, ambil dan petik konten pastu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat. Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah pastu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau memang tak tahu malu.
"Mereka orang Filipina, dipanggil Overseas Phillipine Workers (OPW) yang bekerja di bawah satu syarikat servis sokongan. Mereka memang dah lama diambil kerja di situ. Sebab bayaran mereka murah. Sebab apa muka macam Melayu? Sebab orang Filipina memang banyak muka macam Melayu.
"Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina. Kalau nak cari bukti kena ada sumber sahih. Setakat sembang nak pakai Google, tu bodoh namanya.
"Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya," katanya.
Lelaki tersebut turut meluahkan rasa kesalnya apabila berhadapan dengan tuduhan orang ramai sehingga mengguris hati serta tidak menghormati perasaan ahli keluarganya.
"Kalau dah bukan ahli keluarga aku, memang bukanlah. Buat apa aku nak mengaku. Ada yang cakap tak nak mengaku sebab dan kenyang makan insurans, pampasan.
"Dari 2014 sampai sekarang, tu je modal orang nak kutuk keluarga aku. Duit duit duit. Hidup kami sama je, tak mewah pun. Mak aku sakit.
"Penat nak teruskan hidup macam ni, sebab mulut macam korang ni. Yang takde perasaan, cakap sedap ikut mulut. Tak hormat musibah orang. Benda tak jadi kat kau, memang senang cakap," katanya lagi.
Bagaimanapun, identiti sebenarnya lelaki dalam video tersebut tidak dapat dipastikan kerana rakaman tular itu hanya dimuat naik oleh pihak lain. - CARI