CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fatin Afeefa Dihina Jadi Janda- Digelar Secondhand, Kereta Terpakai

20-9-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2618| Komen: 18

Fatin Afeefa menasihati golongan wanita khususnya berstatus ibu tunggal agar tidak menghiraukan sebarang tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap mereka.

Menerusi siaran langsung dalam TikToknya semalam, Fatin, 28, berkata pernah menerima pelbagai gelaran negatif sejak bercerai.


Foto: IG

“Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada.

“Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya,” kata pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin itu.




Memberi pandangan lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal selalunya dilemparkan kaum lelaki.

“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.



“Ada sesetengah wanita anggap lebih mula kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada jadi janda. Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak.

“Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut,” katanya lagi.



Pelakon yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan itu juga mengakui tidak mudah untuk menutup mulut orang yang mengata tentang wanita berstatus janda.

“Mulut orang tak boleh tutup. Dulu pun saya sedih juga tetapi lama kelamaan saya sedar bahawa orang takkan berhenti bercakap.

“Jadi, buatlah apa yang buat anda gembira,” ujarnya lagi.



Pandangan tersebut disuarakannya selepas menerima pertanyaan daripada pengguna TikTok bagaimana untuk menghadapi pandangan negatif selepas bergelar ibu tunggal.

“Bagaimana awak hadapi pandangan orang tentang ibu tunggal sebab ramai yang memberi tanggapan negatif terhadap gelaran tersebut,” soal individu tersebut.




Untuk rekod, Fatin pernah bergelar isteri kepada pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 dan disahkan bercerai pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ivy Herra Sophia. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-9-2022 06:42 PM
filter dia tak beragak weyhh. ya ampon yakennn ye ko
Quote Belibis 20-9-2022 08:00 PM
Walaupun seken,betiknya masih kenyal..belum tahap boleh libas lalat.
Quote pocongkiutss 20-9-2022 08:04 PM
Dia ni walaupun x berapa putih, kira cantik ape..yg tak cantiknya perangai la..skandal dgn laki org..India rasanya non muslim pula tu
Quote intan244 20-9-2022 08:22 PM
rosedemon: filter dia tak beragak weyhh.  ...
mungkin filter utk kurangkan risiko kena ain.
Quote gideoncross 20-9-2022 08:27 PM
Sibuk je ummah netz yg mngta jnda, klau nk mngta jnda, duda jgn d lupakn.
Quote che-cikL 20-9-2022 08:42 PM
Banyak je artis janda yg tak dikecam orang, sebab pandai bawak diri.
Quote Chicredwine 20-9-2022 09:04 PM
pocongkiutss replied at 20-9-2022 08:04 PM
Dia ni walaupun x berapa putih, kira cantik ape..yg tak cantiknya perangai la..skandal dgn laki org. ...

Yes. Non-muslim. Kenalan my husband. I disallow him from mengopi with that guy since I found out about that scandal. Especially after he abused his wife.
Quote dudaberhias 20-9-2022 09:29 PM
Chicredwine replied at 20-9-2022 09:04 PM
Yes. Non-muslim. Kenalan my husband. I disallow him from mengopi with that guy since I found out a ...

gigih heshe nak mencarat laki orang tu...asalkan berduit... asam jawa pun di terkamnya...

bukan taraf2 secondhand dan used car dah... tapi public transport terus.. semua boleh guna asalkan bayar tiket dan berduit...
Quote samshik 20-9-2022 09:37 PM
Dah ko sondol merata.. Mmg mendapatlah...
Quote bulanbulat 20-9-2022 10:47 PM
Bukan sebab janda orang mengata..
Quote awenda507 20-9-2022 11:21 PM
Jd janda tu tak hina tp klu kelaku tu mengundang cemuhan org, hadap jela akibatnya.
Quote Acikgomen 20-9-2022 11:26 PM
Chicredwine replied at 20-9-2022 09:04 PM
Yes. Non-muslim. Kenalan my husband. I disallow him from mengopi with that guy since I found out a ...

Skang ni deyols skendel geli2 lagi ke
Quote missyL 20-9-2022 11:47 PM
Tgok jenis janda jgk

Siti nana xde pn kene umpat cmnie
Die just kene umpat ngn kawan2 tikam belakang je lol
Quote cattiecute 21-9-2022 11:35 AM
budak ni kalau kena tampor mau jerebu selangor.
tah berapa tebal mekap sampai nampak kelabu asap
Quote bulalof 21-9-2022 12:16 PM
semedang nak play victim. modus operandi retis tahun 1980an sgt2.
Quote black_handbag 21-9-2022 12:21 PM
cantik dia ni. tp kena tgk circle yg dia bercampur jgk. jenis jantan2 keberet jenis jantan2 hauk kot dok kutuk janda. dan maybe dia sendiri pon mmg memurahkan diri sendiri
Quote Nnasda53 21-9-2022 12:25 PM
Jaga la diri dan tingkah laku baik2.
Kalau dah sendiri mengundang hadap je la.
Quote Chicredwine 21-9-2022 01:11 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 11:26 PM
Skang ni deyols skendel geli2 lagi ke

I’m not sure. My husband suruh I jgn busybody. He said he and friends dah puas nasihat that guy. Dia pun dah lama tak keluar dgn that guy. We didn’t invite him over for makan2 dah. His wife left a lucrative career to be a SAHM. So ungrateful sejak kaya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.091023 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top