Pelakon, Zamarul Hisham, 51, menganggap kepercayaan yang diberikan untuk menggalas watak 'hero' dalam drama adalah tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan baik.
Menerusi laporan Harian Metro, katanya, dia lebih gemar melihat dari sudut positif serta menyifatkan umur itu hanya sekadar nombor.
Jelasnya, apa yang pasti bakat lakonannya masih diperlukan dan perlu dibuat sehabis baik.
"Pada usia saya yang sudah 51 tahun ini dan masih diberi tanggungjawab sebagai hero, ia adalah cabaran besar.
"Apatah lagi saya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda.
"Sebagaimana gandingan saya dengan Bella Astillah dalam drama Aku Tanpa Cintamu ini, kami umpama abang dan adik. Tapi saya akur dengan karakter diberi dan harus buat sehabis baik," katanya.
Drama Aku Tanpa Cintamu, hasil sentuhan skrip ditulis Orked sudah pun mulai ditayangkan sejak 15 September lalu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My