Seorang lelaki menimbulkan kekecohan dalam pesawat yang dinaikinya sedang dalam perjalanan ke Dubai dalam keadaan marah cuba memecahkan tingkap kaca sekali gus merisikokan nyawa penumnpang lain.
Menerusi laporan Daily Star, penumpang tersebut terlebih dahulu bertikam lidah dengan seorang kru kabin yang kemudiannya diikuti pertengkaran membabitkan fizikal apabila lelaki tersebut cuba merosakkan bahagian dalam kapal.
Sebaik saja lelaki itu mula menendang tingkap kaca, penumpang lain juga mula ketakutan.
Lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental itu tiba-tiba menumbuk dan menendang tempat duduk dalam kapal tersebut.
Dia menyerang kru kabin yang cuba menenangkannya kerana bimbang penumpang lain panik melihat adegan tersebut.
Selepas bergelut dengan lelaki tersebut, kru kabin berjaya menahan penumpang itu dengan mengikat tangan dan kakinya.
Kru kabin turut memaklumkan kejadian itu kepada juruterbang yang seterusnya menghubungi pengawal trafik udara dan meminta bantuan keselamatan.
Sebaik saja mendarat, penumpang diiringi keluar daripada pesawat dan diserahkan kepada anggota keselamatan di lapangan terbang Dubai. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My