CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semakin Ramai Budak Dan Remaja Juling Sebab Terlalu Kerap Tengok Gajet

20-9-2022 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1040| Komen: 3

Kota Bharu: Penggunaan gajet untuk tujuan sosial secara berterusan boleh mengakibatkan bola mata tidak selari seterusnya menjadi juling.

Situasi itu banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dan bilangan kes terbabit meningkat mendadak selepas pandemik Covid-19 akibat penggunaan gajet secara berterusan dalam tempoh itu.

Ketua Jabatan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Shatriah Ismail berkata, sejak 2018 sehingga kini, Hospital USM sudah menerima 30 pesakit di negeri ini untuk menjalani pembedahan membetulkan semula bola mata.

Gambar Hiasan

"Seramai 30 pesakit berusia 10 hingga 15 tahun datang untuk mendapatkan rawatan sejak 2018 dengan 10 daripadanya sudah menjalani pembedahan.

"Pesakit yang dirujuk kebanyakannya datang dalam keadaan satu mata memandang lurus dan satu lagi masuk ke dalam atau menjadi juling.

"Walaupun kita sudah cuba secara konservatif tetapi mata tidak kembali ke kedudukan asal seterusnya pesakit terpaksa menjalani pembedahan," katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau ditemui pada pelancaran Perkhidmatan Laser Refraktif disempurnakan oleh Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Dr Shatriah berkata, peningkatan jumlah pesakit yang mendadak agak membimbangkan dan kebimbangan yang sama dilihat apabila bukan sahaja kanak-kanak dan remaja berdepan isu itu, malah ia turut membabitkan bayi.

Pembelajaran dalam talian tanpa ada waktu senggang juga boleh mempengaruhi kepada masalah itu kerana ada dalam kalangan murid atau pelajar menggunakan telefon bimbit yang mempunyai skrin kecil.

"Situasi ini agak membimbangkan dan sebab itu perlu ditekankan kepada pelajar, murid, ibu bapa dan guru supaya kawal daripada segi penggunaan gajet.

"Ia termasuk untuk kanak-kanak yang belum bersekolah.

"Penggunaan gajet untuk tujuan sosial perlu dihadkan dan jangan menggunakan gajet secara berterusan, sebaliknya perlu ada waktu senggang," katanya. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-9-2022 06:31 PM
xtau lah nak salahkan sape. nk bagi salah tak bagi pon salah jugek
Quote Highflyer19 20-9-2022 11:51 PM
Klau tk bg main mengamuk sakan...
Quote totokreturn. 21-9-2022 09:18 AM
set time je la kat phone tu, cukup time auto lock, lama lama anak akan tahu masa ber gajet dah habis

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.139659 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top