CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pam Minyak Tradisional Di Kelantan, Kena Pusing Guna Tangan Untuk Sedut Sebelum Masuk Dalam Tangki

20-9-2022 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2289| Komen: 22

Description: KUALA KRAI: Pam minyak tradisional yang perlu dipusing menggunakan tangan untuk menyedut bahan api itu ke balang sebelum dimasukkan ke dalam tangki kereta atau motosikal menjadi salah satu daya tarika ...
KUALA KRAI: Pam minyak tradisional yang perlu dipusing menggunakan tangan untuk menyedut bahan api itu ke balang sebelum dimasukkan ke dalam tangki kereta atau motosikal menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di Dabong walaupun sudah lama beroperasi.


Menariknya, perkhidmatan dikendalikan di dalam sebuah kedai kayu yang bersaiz agak kecil serta dilengkapi jendela untuk urusan jual beli petrol menjadi ‘lokasi’ wajib yang perlu disinggah oleh pelancong atau orang luar setiap kali berkunjung ke kawasan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengusaha Pam Minyak, Suraya Abdullah, 40, berkata, sejak Dabong menjadi popular dalam kalangan pelancong luar, premisnya turut menerima tempias apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat pam itu secara lebih dekat.

Foto: Utusan Malaysia



Menurutnya, pelancong luar begitu teruja untuk melihat cara pengendalian pam tersebut yang disifatkan cukup klasik buat mereka khususnya generasi muda.

“Kebanyakan mereka akan mengambil gambar dan merekodkan video untuk dimuat ke aplikasi sosial seperti TikTok. Kaedah mengisi petrol ini agak berbeza dengan stesen minyak kerana ia perlu dipam menggunakan tangan bagi menyedut petrol dari tong simpanan mengikut isipadu yang diinginkan.

“Setelah itu, petrol berkenaan akan disalurkan ke tangki kereta atau motosikal dengan menggunakan paip getah,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Kemubu, Dabong.




Suraya berkata, petrol yang dijual kepada pelanggan itu mengikut harga semasa sebagaimana dilaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, sebanyak 400 liter bekalan minyak sehari akan dihantar bagi menampung permintaan pengguna dan jumlah tersebut mencukupi.

“Setiap hari, saya akan membuka kedai pam minyak ini bermula pukul 11 pagi sehingga ia habis dijual,” katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 20-9-2022 02:19 PM
tahun 90an, aku ikut arwah ayah balik kampung atuk naik motor mesti singgah dekat satu rumah isi minyak macam tu.
Quote eragon 20-9-2022 02:24 PM
Berita2 macam ni boleh create persepsi awam yang kelantan ni negeri paling terkebelakang dalam malaysia.
Quote supernaturalee 20-9-2022 03:01 PM
cat cecantik rumah tu
letak poster besaw2

nmpk la eksklusif

xde la persepsi "negeri paling terkebelakang dalam malaysia."

Quote shernazz 20-9-2022 03:14 PM
Teringat.dolu
Kalau.gi.kat langat...mandi2.sungai kat sana...
Sure.nampak.kedai petrol jual.botol2...
Ada ker.merah..kuning..
Memula.tak.tau.itu petrol..
Ayah.iols bgtau...
Tu.pasal.kalau.gi sana.
Sure ayah.iols.akan.isi minyak.siap2...
Masa tu takde jem.teruk..mandi2 kat sungai congkak.pung free je...best....
Quote TabletSusu 20-9-2022 03:18 PM
shernazz replied at 20-9-2022 07:14 AM
Teringat.dolu
Kalau.gi.kat langat...mandi2.sungai kat sana...
Sure.nampak.kedai petrol jual.botol2.. ...

weolss dulu2 abah suka bawak mandi kat bukit belacan. heaven btul dulu2 klu dpt pi sana. maklumlah area rumah mmg xde sungai. longkakng busuk adalah
Quote dua_chzy 20-9-2022 03:25 PM
Kat Sabah, menda gini ko jumpa di area pedalaman hutan saja.
Quote batmana 20-9-2022 03:26 PM
lor kt kmpung dlm bp, johor, de je kdai runcit jual minyak cmni, pakai pam manual,

takdelak masuk paper

dh jln ke stesyen minyak jauh.
Quote shernazz 20-9-2022 03:32 PM
TabletSusu replied at 20-9-2022 03:18 PM
weolss dulu2 abah suka bawak mandi kat bukit belacan. heaven btul dulu2 klu dpt pi sana. maklumlah ...

Khennn
Bukit belacan pung iols suka...tp jarang gi situ..kalau gi umah sepupu ayah iols baru gi situ...
Biasa la..umah kita2 ada ape je..hahaha
Belakang umah iols ada kolam.ikan jelawat...haha
Quote renko 20-9-2022 03:37 PM
nnt bebudak tiktok gila ootd bajet cute
berlambak2 la dtg buat content
Quote kakikuDibibirmu 20-9-2022 03:39 PM
eragon replied at 20-9-2022 02:24 PM
Berita2 macam ni boleh create persepsi awam yang kelantan ni negeri paling terkebelakang dalam malay ...

Oredi know asking oso lah you ni
Quote naina 20-9-2022 05:29 PM
Dabong ni jauh dari bandar
Tempat dia lawa belum diteroka sangat
Memang patutlah pam minyak cmtu
Kedai2 pun baru ada
Kereta tumpang pun ada untuk pelancong
Semua tu untuk menjana ekonomi penduduk
Kalau tidak sendu terus miskin menjunam gaung
Quote rosedemon 20-9-2022 06:33 PM
teringin nak ke dabong buat konten tiktok. kihkih
Quote vespa_oren 20-9-2022 07:59 PM
dua_chzy replied at 20-9-2022 03:25 PM
Kat Sabah, menda gini ko jumpa di area pedalaman hutan saja.

yang aku jumpa guna botol air mineral jer
Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 08:32 PM
setinggi tinggi kawasan dabong. tinggi lagi banjir lumpur. moga tidak berlaku lagi
Quote epal_putih 20-9-2022 08:36 PM
Okla.. buleh juga beli
Quote harkktuih 20-9-2022 08:38 PM
Lerr... Byk je kedai2 jual petrol cara gini kat area rumah aku kat port klang...
Quote syamzana 20-9-2022 08:43 PM
zaman iols kecik 80an balik kg folo tokki beli minyak moto kat kedai runcit mcm gini gak. x sgka wujud lg rupanya.
mesti akak ni antara yg berduit kat area situ, sbb org yg 'up sikit' je biasanya yg jual petrol ni
Quote JunkMail 20-9-2022 09:02 PM
shernazz replied at 20-9-2022 03:14 PM
Teringat.dolu
Kalau.gi.kat langat...mandi2.sungai kat sana...
Sure.nampak.kedai petrol jual.botol2.. ...

Masih ada kedai petrol jual dalam botol kat Langat tu. Aku pergi tahun lepas macam tak boleh brain kat Langat takde petrol station. Langat tu 15 minit je dari Ampang
Quote shernazz 20-9-2022 09:22 PM
JunkMail replied at 20-9-2022 09:02 PM
Masih ada kedai petrol jual dalam botol kat Langat tu. Aku pergi tahun lepas macam tak boleh brain ...

Petronas last..kat nanding
Mmg.terpaksa la ada kedai botol2 petrol..haha
Seterusnya.haussssss peteol stationnya...
Hahaha
Iols dah berapantahun dah tak.gi
Sebab jem.gilaaaa...
Serik.rasa
Melainkan ke nanding jelah paling dalam.pung sebab tok.sedara di situ...huhu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047247 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top