CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Mengamuk, Bakar Baju Bayi- Wanita Dikurung Dan Dipasung Oleh Keluarga Mentua

20-9-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1406| Komen: 11

Jakarta: Sayu apabila tular gambar seorang ibu duduk di atas katil yang kaki kanannya dipasung tetapi pada masa sama masih menyusukan bayinya berusia lima bulan dengan penuh kasih sayang.


Ketika kejadian di Kampung Sita, mukim Ranamese pedalaman daerah Manggarai Timur, Nusa Tenggara Timur, itu, ibu dikenali sebagai Hu, 32, dikatakan dikurung dan menerima hukuman sedemikian kerana mengamuk akibat disyaki mengalami gangguan jiwa.

Portal Kompas melaporkan, jurucakap polis Stefanus Belasius Rugu ketika dihubungi menjelaskan pihak keluarga mentua wanita itu bertindak demikian sebab si ibu berkenaan sudah mengamuk, membakar pakaiannya sendiri dan pakaian anaknya.


Foto: Kompas


"Lebih-lebih lagi, di rumah itu ada bapa mentua yang sudah tua. Demi keselamatan, wanita itu dikurung di dalam rumah itu selama dua hari. Semasa dipasung untuk menyekat pergerakannya, ibu masih menyusukan bayinya.

"Kini, ibu itu sudah dibebaskan dari pasung oleh keluarganya. Ibu dan bayinya juga sudah dijemput keluarganya dan sedang berehat di rumah ibu bapanya di salah satu daerah di Manggarai," katanya.

Stefanus menjelaskan, suami pertama wanita itu sudah meninggal dunia dan berasal dari salah sebuah kampung di Daerah Kota Komba.

Katanya, kemudian si ibu berkahwin semula dengan seorang penduduk Kampung Sitadi, salah sebuah kampung di mukim Rana Mese serta dikurniakan seorang cahaya mata.

Suami keduanya itu sudah berhijrah ke Kalimantan untuk bekerja.

Menurut bapa mentua wanita itu, keadaan wanita berkenaan semakin baik dan tidak lagi marah-marah, malah seronok memandikan dan menjaga bayinya selepas kakinya tidak lagi dipasung.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 20-9-2022 11:12 AM
bentan meroyan. moga sembuh
Quote buapakperut 20-9-2022 03:43 PM
Duduk umah mertua memang berpotensi postpartum depression. Lain la mertua baik
Quote KamikuP 20-9-2022 03:59 PM
Teringat filem dulu bertajuk Pasung Puaka
Quote buragazz 20-9-2022 04:08 PM
Kelas nama Stefanus Belasius Rugu...
Quote Rdizz 20-9-2022 04:10 PM
Kejamnya mertua, hntar lah hospital rawat dgn pakar saikologi. Sgt lah mundur mentaliti. Zaman ni ada lagi pasung2, makin teruklah sakit mental tu.
Quote cmf_premierleag 20-9-2022 04:11 PM
teringat film indon, Menjelang Maghrib
ala2 seram2 gituh
film tu dibikin sbg solidariti buat mereka2 yg dipasung oleh family sendiri and sbg mental health awareness bagai
akak tgk kt GSC lps tgk KKN Desa penari yg tak seram lgsg tu
Quote ezacbee 20-9-2022 04:12 PM
Ooo indon rupanya.. Cam zaman dulu..
Quote rosedemon 20-9-2022 06:27 PM
yindon no wonderlah
Quote namr 20-9-2022 06:48 PM
meroyan la tu..sana kat hospital mesti ada psikologis p hantar treatment lah
Quote Suchi 20-9-2022 07:13 PM
Rdizz replied at 20-9-2022 04:10 PM
Kejamnya mertua, hntar lah hospital rawat dgn pakar saikologi. Sgt lah mundur mentaliti. Zaman ni ad ...

Kan sian dia dah la suami keje jauh pastu kena duk ngn mertua. Hat sihat mental pun boleh sakit kalau duk ngn mertua.
Mana la best duk ngn mertua, tak kira apa bangsa pun semua akan rasa janggal.

Tah2 dia nih kena dera kot dan2 jela kabo org tu meroyan bagai.
Quote Rdizz 21-9-2022 07:19 AM
Suchi replied at 20-9-2022 07:13 PM
Kan sian dia dah la suami keje jauh pastu kena duk ngn mertua. Hat sihat mental pun boleh sakit ka ...

Ha'a ada kemungkinan kena dera, metally maybe dgn org keliling tak phm. Berat dia tanggung. Lepas bersalin horman tak stabil bukan boleh sedih dan risau akn melarat. Dgn husband dok jauh, dia terpaksa menyesuaikan diri dgn keluarga mertua, nk ngadu dgn sapa, mesti byk konflik 24 jam d rmh mertua. Agaknya baby tu sajalah penghibur hati dia.. kesian sungguh.

Tapi syukur lah family sendiri dan ambik bwk balik, patut awal2 buat mcm tu.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036081 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top