Sempena meraikan ulang tahun ke-15 berkecimpung dalam industri seni, penyanyi IU membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000.
Jumlah tersebut diberikan kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association. IU menyampaikan sumbangan berkenaan di bawah nama UAENA, gabungan bersama kelab peminat. Sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan membantu kos perubatan wanita dan kanak-kanak penghidap kanser yang berdepan dengan masalah kewangan.
Menerusi satu kenyataan, IU mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni selain berharap sumbangan yang diberikan itu dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan. "Kita telah sama-sama mencipta keajaiban sepanjang 15 tahun ini. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan penuh rasa syukur. "Saya harap kita akan terus bersama untuk membawa keajaiban kepada orang lain. Terima kasih dan saya sayang anda semua," ujarnya seperti yang dipetik dari Soompi. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT