CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis, Wanita Hamil 7 Bulan Dan Rakan Sekerja Mati Ditembak Perompak Dalam Kedai

20-9-2022 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2100| Komen: 13

Dua perompak bersenjata menceroboh masuk ke dalam sebuah kedai sebelum menembak mati seorang wanita hamil dan rakan sekerjanya.

Rakaman mengejutkan menunjukkan salah seorang suspek bersenjata berlari masuk ke dalam kedai di bandar Manaus, Brazil, sambil memegang pistol.

Suspek juga dilihat mengejar mangsa dikenali Vanessa Araujo de Carvalho, yang hamil tujuh bulan sehingga ke belakang kedai sebelum menembak mati ketika berada di dalam bilik air.


Foto: The Sun

Manakala rakan sekerjanya Jania Simplicio cuba bersembunyi dengan menyelinap di belakang kaunter kedai.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu menunjukkan mangsa berusia 50 tahun itu merayu sebelum ditembak dua kali oleh perompak berkenaan.

Ekoran itu, pasukan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa kedua-dua mangsa ke hospital.

Malangnya, mereka berdua meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala bayi dalam kandungan Vanessa telah dikeluarkan melalui pembedahan caesar kecemasan, tetapi turut meninggal dunia akibat komplikasi kelahiran pramatang.

Terdahulu, suspek dikatakan telah melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki, Hudson Reis de Oliveira yang berada di luar kedai.

Kes disiasat dan identiti suspek bersenjata serta motif jenayahnya masih belum dikenal pasti. - CARI

Sumber: mStar/The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 20-9-2022 10:18 AM
ni kalau dekat nusantara, pompuan ni dah bertukar jadi pontianak balas dendam dekat jantan lehnat tu
Quote venom1 20-9-2022 10:21 AM
kejam. mohon tembak balik mamat ni 40 das
Quote sangbara2020 20-9-2022 10:34 AM
nak merompak ke hape ni
Quote KamikuP 20-9-2022 11:02 AM
Kedai tu jual baju s&m dan bondage kah?
Quote Artemesiaa 20-9-2022 11:06 AM
Kejamnya perbuatan tapi bila disebut Brazil pasti dah jadi benda biasa disana
Quote tikusmontok 20-9-2022 11:38 AM
Kurex replied at 20-9-2022 10:18 AM
ni kalau dekat nusantara, pompuan ni dah bertukar jadi pontianak balas dendam dekat jantan lehnat tu

Maksud uols dekat ibunegara caprut yg in the making tu?
Quote rosedemon 20-9-2022 06:27 PM
ala siannya ko dek. rip
Quote she 20-9-2022 07:15 PM
Bukan merompak kan
Lebih kepada saksi mata
Laki tu tembak orang lain luar kedai
Tapi dorang dua ni kebetulan ada di situ
Kesian nau
Quote liyamariska 20-9-2022 10:50 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental dn hilang perikemanusiaan di mana2..
Quote Minami2013 20-9-2022 10:52 PM
Boleh tk tajuk #dunia.

Since malaysia skrg pun kes jenayah dah ala2 amerika, mohon tajuk spesifik supaya tk tertuduh kejadian kat satu negeri tu Kalo #dunia nk tuduh kejadian kat indon negara asal friska
Quote edayildiz 20-9-2022 10:57 PM
serammnya brazil..
Quote Acikgomen 20-9-2022 11:07 PM
edayildiz replied at 20-9-2022 10:57 PM
serammnya brazil..

Yang tak seram hanyalah sayoq bayam brazil
Quote Highflyer19 21-9-2022 01:02 AM
Nyawa dh tk ada nilai…

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033757 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top