CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Trending Di Twitter Selepas Persembahan Di GV9, Tomok Imbau Nostalgia New Boyz

19-9-2022 05:19 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3619| Komen: 38





Penyertaaan Tomok dalam Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada mulanya telah mencetuskan rasa kurang senang segelintir warganet.

Namun Tomok telah membuat kejutan dengan persembahannya yang memukau pada minggu pertama program tersebut malam tadi seterusnya mendapat pujian ramai.

Menduduki tempat ketiga di belakang dua peserta terbaik iaitu Jaclyn Victor dan Shila Amzah telah membuatkan namanya trending dalam Twitter.

Rata-rata warganet memuji persembahan vokalis kumpulan New Boyz itu yang sekali gus mengimbau kenangan ketika zaman kegemilangan lagu-lagunya.

Terharu melihat sokongan positif yang diterimanya daripada netizen dan peminat, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail meluahkan rasa syukur atas reaksi ramai.



“Alhamdulillah, baik atau sebaliknya saya ambil. Terima kasih,” tulisnya ringkas dalam satu hantaran Instagram.

Penyanyi berusia 38 tahun itu turut memuat naik tangkap layar ruangan memaparkan isu atau subjek yang menuai trending dalam Twitter dengan namanya memiliki jumlah 2,712 ciapan.

Selain Twitter, persembahan Tomok yang menyanyikan medley dua buah lagu popularnya iaitu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang turut trending dalam TikTok.



Ramai peminat menyuarakan rasa teruja melihat penyanyi yang mula aktif bernyanyi sejak berusia belasan tahun itu beraksi selaku salah seorang peserta sekali gus mengimbau nostalgia zaman popularnya bersama New Boyz.

Dibawah merupakan antara lagu-lagu Newboyz yang menjadi kegilaan remaja awal tahun 2000 dulu.







GV9 menampilkan persaingan sengit 13 peserta terdiri daripada Jaclyn, Shila, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Asheed Def Gab C, Pat Candy, Tom, Kumpulan VE, Haida Hasnan, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.

Jadi dalam ramai-ramai 13 peserta ini, siapa yang anda rasa bakal jadi juara GV9? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote woven11 19-9-2022 04:02 PM
Harap calon tersenggol awal… tak boleh tahan dgn vibrato tomok…
Quote rocksteady 19-9-2022 04:16 PM
shila amzah pun masuk gv? bukan ke duduk china ke
wa harap roy kapilla jadi juara..dia lejen. jangan pilih bulu ikut follower ig ya
Quote AcikBuncit 20-9-2022 04:31 AM
Tomok ni mmg dr dlu cara dia nyanyi cmtu kalo msuk comptition mne2 pn. Acik ske dia mse prgram apa ntah yg dia kne nyanyi lgu2 org lain tp ubah ikut kreativiti sndiri. Sdp2 jd nye lgu dia gubah
Quote stingerbumpy 20-9-2022 07:44 AM
Edited by stingerbumpy at 20-9-2022 07:47 AM
Cleocatra replied at 20-9-2022 07:13 AM
Aku tengok persembahan tomok kat youtube. Seksa gayanya masa nak tarik note tinggi.
muka tomok masa ...

Nak cakap cara penyampaian? Takkheun sampai perlu seMEMEK khen raut more macam nak mintak kena terajang je lagaknya...khen?
Tok awie bawak lagu dipenjara janji walau kita akui range lagu memang tahap buwasir #putusuratkentotkalautakbetul...masih takda pun perlu buat raut sememek kheunz? Caya ler tokwie

[youtube]VOPuu_4rhxs[/youtube]
[youtube]84L7oR77WRM[/youtube]





Quote zuriey 20-9-2022 07:50 AM
Bini heols cute tp agak kepam yach
Dgn speak besar gabak sheols
Rimas I tgk
Tiberrr bini pula di cerca
Quote anony-mous 20-9-2022 07:55 AM
Xpernah rasa suara dia ni sedap. Masa menang 1 in a million dlu, dgr juga la lagu dia yg famous lepas tu. Tp erm x sedap pong?
Quote BoongaKertas 20-9-2022 08:21 AM
teringat akak cousin meols yg menggilakan tomok di era kegemilangan newboyz dulu. hahaha!
Quote orkid_amani 20-9-2022 08:29 AM
Kiranya awai2 nyanyi tu saja la buat2 sengau kn..kami sampai panggil dia tonyok sbb sengau dia tarik lain macam
Quote stingerbumpy 20-9-2022 08:45 AM
zuriey replied at 20-9-2022 07:50 AM
Bini heols cute tp agak kepam yach
Dgn speak besar gabak sheols
Rimas I tgk

Tapi anak very cute...kalahkheun nyanmmar...
Quote lasagna 20-9-2022 08:52 AM
BoongaKertas replied at 20-9-2022 08:21 AM
teringat akak cousin meols yg menggilakan tomok di era kegemilangan newboyz dulu. hahaha!

hahahaah i feel you.. sbb ada kwn2 dlm bas skolah pd zmn waktu itu menggilai tomok melalak lagu new boyz. idup bdk Cheras! opsss!
Quote black_handbag 20-9-2022 09:09 AM
tak tahan vibrator kuat nau dia ni. suara tak sedap mana. itu yg dok sedapkan dgn vibrator tu kononnnnnnn sedap. tak tahan tgk mulut dia kalau nak fefeling konon sedih. melengkung habis. huduh ko nyanyi dik. sore tak sedap mana. tp suka betul masuk pertandingan.
Quote Farhaz 20-9-2022 09:16 AM
BoongaKertas replied at 20-9-2022 08:21 AM
teringat akak cousin meols yg menggilakan tomok di era kegemilangan newboyz dulu. hahaha!

Kawan meols pun ada sorang yg gilakan tomok zaman2 tu. Hahaha. Adoiii.. Pening ah kepala. tapi budak2 lelaki biasanya menyampah dengan tomok sebab awek2 diorang dok tergila2kan newboyz. Jeles. Bhahaha.  
Quote Nnasda53 20-9-2022 09:44 AM
rocksteady replied at 19-9-2022 04:16 PM
shila amzah pun masuk gv? bukan ke duduk china ke
wa harap roy kapilla jadi juara..dia lejen. jangan ...

Gua mana chuols baru kuar ni.
Lama dah minah tu duk mesia..sebelum kawin pai dah beranak dah serai chuols.
Quote Nnasda53 20-9-2022 09:46 AM
Pada iols ok je suara dia ni biasa je.
Quote MistrezHermanaz 20-9-2022 10:02 AM
suara biasa dgn vibrator berkilo tp tomok ni baik,ramai kawan
Quote anony-mous 20-9-2022 10:22 AM
Cleocatra replied at 20-9-2022 09:39 AM
Suara heols memang tak berapa. Tapi personality dengan attitude heols yang bole dipuji. Humble, ta ...

Kiranya bob lg better la kan? Suara lg sedap, pakej humble, attitude pon bagus. Cuma kurang dari rupa jah. Xila yg suara sedap pon x rasa nk dgr sbb perangai hauk sheol. Tp nk buat gimana, ni pertandingan suara, bukan pertandingan attitude. Mcm acik ecah, diva2 perangai pon boleh menang
Quote cmf_DetConan 20-9-2022 11:11 AM
tomok klu nyanyi suka wt teruk..padahal lagu tu xperlu pon nyanyi mcm sangkut2 dgn vibrate lg..nyanyi with the flow je..lg best..tp rezeki tomok top 3 1st week
Quote makgetah 20-9-2022 01:46 PM
Tomok is budak flat taman mulia bdr tun razak hehe
Quote mesmerize 20-9-2022 01:50 PM
Tak memorable pun aritu dia nyanyi. Meraung tu Naqiu dah set the bar too high, sampai penyanyi asal pun tak tercapai tahap tu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037399 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top