CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Lelaki Tergamak Tetak Ibu Sampai Mati Demi Wang Pusaka RM50,000

19-9-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1173| Komen: 6

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki dari Bandar Raya New York, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu sendiri bagi mendapatkan wang pusaka bernilai AS$11,000 (RM49,890),  lapor agensi berita United Press International (UPI).


Tertuduh, Jared Eng, mengaku menyebabkan kematian Paula Chin dalam kejadian yang berlaku dalam sebuah apartmen di kawasan kejiranan Tribeca, Manhattan pada 2019.

Jared berdepan hukuman penjara minimum 18 tahun atau maksimum seumur hidup yang akan diputuskan dalam satu persidangan mahkamah pada 18 Oktober depan.


Foto: UPI

Lelaki itu memukul dan menetak ibunya semasa bertengkar manakala salah seorang teman wanitanya, Jennifer Lopez membantu tertuduh membersihkan lokasi kejadian.

Pasangan itu kemudian didakwa membawa mayat Paula ke sebuah rumah di Morristown, New Jersey, di mana mereka didakwa bertemu dengan Caitlyn O’Roure, seorang lagi kekasih Jared.

O’Rourke didakwa membantu Jared dan Lopez membuang mayat mangsa ke dalam bekas sampah yang membawa kepada penemuan polis dengan beberapa kesan tikaman dan objek tumpul pada kepalanya.

Polis turut menemui sarung tangan getah berdarah dan pita pelekat di kedua-dua rumah itu serta mesej teks daripada Lopez kepada O’Rourke yang memberitahu bahawa pangsapuri Tribeca telah dibersihkan.

Dalam mesej teks lain, Jared turut menulis ‘saya telah bebas, masalah sudah disingkirkan’, demikian menurut pendakwa raya.

Tertuduh menafikan dakwaan membunuh semasa mula-mula ditahan dan memberitahu polis bahawa dia pergi ke New Jersey untuk mendapatkan koleksi syiling yang disimpan di rumah milik keluarganya bagi membayar sewa. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-9-2022 12:14 PM
50 ribu je pon bukan 50 juta, tiket percuma ke neraka la cenggini gayanya
Quote Perawankota 19-9-2022 01:07 PM
Nama gf jlo...

Demi wang pusaka 50k, sanggup berbunuhan.. Biasanya orang mcmni, duit tu memang tak leh pakai lama..

Anyway ko pon dh kena tangkap kan.. Sia2 je
Quote intan244 19-9-2022 01:23 PM
speechless. utk duit x seberapa tu. dgn muka camtu, gf sampai 2 org. nama jlo plak tu.
Quote shernazz 19-9-2022 01:31 PM
Wow
Jennifer lopez tu badan gitar ke tong drum tu?
Quote Highflyer19 19-9-2022 01:57 PM
ABC plus jlo...duit punya pasal
Quote supernaturalee 19-9-2022 02:00 PM
no kidding gf nye JLo


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.084445 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top