CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tidak Mahu Ia Menjadi Fitnah," - Qistina Raisah Nafi Tuduhan Berpelukan Dengan Lelaki Di Khalayak Ramai

19-9-2022 10:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6795| Komen: 61|Original author: Tatod

Sumber IG/TikTok


Pelakon remaja, Qistina Raisah, 14, tampil menyangkal tuduhan seorang individu yang mengatakan dia berpelukan dengan seorang lelaki di tempat awam.

Kontroversi tersebut mula timbul selepas sebuah video dimuat naik menerusi TikTok mendakwa gadis berambut panjang berpakaian hitam yang kelihatan mesra berpelukan dengan seorang lelaki tinggi lampai itu adalah aktres berkenaan.


"Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif memuat naik video berkenaan. Tapi, itu bukan saya.

"Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan, 'adakah ini budak yang lupa password telefon', yang itu memang saya tapi dalam video itu bukan saya," katanya.

Qistina turut menegaskan dia tidak pernah keluar bersendirian sebaliknya sentiasa ditemani oleh ibunya termasuk sekiranya keluar bersama teman lelakinya.


Disebabkan sentiasa ada bersama ibunya, tidak mungkinlah dia akan melakukan perkara sedemikian seperti yang didakwa.

"Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya. Kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri. Saya masih ada mak dan ayah. Anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri.

"Kalau orang nampak saya pergi dating ke, mesti ada mak saya sekali," katanya.


Qistina turut menasihatkan agar pihak yang cuba menabur fitnah kepadanya agar insaf daripada terus melakukan perkara sia-sia.

"Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan percaya dan menyebarkan kepada orang lain.


"Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 19-9-2022 10:35 AM
Gmbr baju putih satu family tu, aku ade sedikit rase nak lempang dengan seseorang.
Cube teka yang mana
Quote tobobon 19-9-2022 10:43 AM
ni kontroversi ciptaan sendiri kah ni dik oiii... almaklumla whoareyussss sangat

Quote lanse 19-9-2022 10:45 AM
slyfynx replied at 19-9-2022 10:35 AM
Gmbr baju putih satu family tu, aku ade sedikit rase nak lempang dengan seseorang.
Cube teka yang ma ...

Haha...
Quote azimodin 19-9-2022 11:31 AM
Lawa budak ni dalam drama keluarga instafemes
Quote chikumanis 19-9-2022 11:32 AM
14tahun ke ni? awat macam 8t je gaya cakap awk ni dik oooii??
Quote Buritan 19-9-2022 11:33 AM
slyfynx replied at 19-9-2022 10:35 AM
Gmbr baju putih satu family tu, aku ade sedikit rase nak lempang dengan seseorang.
Cube teka yang ma ...

Yg pgg beg tgn ijo tu kee
Quote mizruncing 19-9-2022 11:36 AM
ok laa pandai jawab n nafikan. jawapan pn logik akal nk terima
Quote prettyuglybabe 19-9-2022 11:37 AM
slyfynx replied at 19-9-2022 10:35 AM
Gmbr baju putih satu family tu, aku ade sedikit rase nak lempang dengan seseorang.
Cube teka yang ma ...

macam kelempuk je semua
Quote inspektoremos21 19-9-2022 11:55 AM
Abang2 nya jenis kelempuk ke..
Quote Pujangga22 19-9-2022 12:54 PM


Dulu kecik jer...
Quote kuzaime 19-9-2022 01:00 PM
Baru 14y dah ada bf katanyerrrr lantak kaulah nak, dah kau pun cakap masih ada mak bapak yg boleh jaga kau kan
Quote Lavender_Violet 19-9-2022 01:04 PM
Whoareyussssss dekkkkkkk
Quote Lavender_Violet 19-9-2022 01:05 PM
kuzaime replied at 19-9-2022 01:00 PM
Baru 14y dah ada bf katanyerrrr lantak kaulah nak, dah kau pun cakap masih ada mak bapak yg b ...

Ada mak aje rasanya budak ni tengok dari caption & gambar2 dia tu
Quote kucingitam 19-9-2022 01:06 PM
dah besar rupanya kau dik...lupa anak aku pun dah besar dulu sll layan astro ceria tgk dia ni berlakon..comey2 je
Quote tomaz 19-9-2022 01:06 PM
Lawa la jgak dia ni
Quote Lavender_Violet 19-9-2022 01:07 PM
inspektoremos21 replied at 19-9-2022 11:55 AM
Abang2 nya jenis kelempuk ke..

Yg pegang handbag tu aje rasanya
Tu lah masalah budak2 lelaki jaman now
Metroseksual sangat sampai sorang2 nmpk mcm kelempuk
Quote renko 19-9-2022 02:42 PM
slyfynx replied at 19-9-2022 10:35 AM
Gmbr baju putih satu family tu, aku ade sedikit rase nak lempang dengan seseorang.
Cube teka yang ma ...

gemuk tangan patah tu ke
hahaha
Quote Mary_jane 19-9-2022 03:12 PM
Dah 14tahun dia? Macam forever 6tahun jek. Comel betul masa kanak2.
Quote beatgirlX 19-9-2022 03:17 PM
Bila dah selalu tgk berlakon watak kanak²..dah besar rasa mcm eh..dulu ko kecik ni je

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053737 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top