Sumber IG/TikTok
Pelakon remaja, Qistina Raisah, 14, tampil menyangkal tuduhan seorang individu yang mengatakan dia berpelukan dengan seorang lelaki di tempat awam.
Kontroversi tersebut mula timbul selepas sebuah video dimuat naik menerusi TikTok mendakwa gadis berambut panjang berpakaian hitam yang kelihatan mesra berpelukan dengan seorang lelaki tinggi lampai itu adalah aktres berkenaan.
"Saya nak jelaskan saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah pemilik rakaman itu juga saya tidak tahu apa motif memuat naik video berkenaan. Tapi, itu bukan saya.
"Saya tampil membuat penjelasan ini kerana ada komen mengatakan, 'adakah ini budak yang lupa password telefon', yang itu memang saya tapi dalam video itu bukan saya," katanya.
Qistina turut menegaskan dia tidak pernah keluar bersendirian sebaliknya sentiasa ditemani oleh ibunya termasuk sekiranya keluar bersama teman lelakinya.
Disebabkan sentiasa ada bersama ibunya, tidak mungkinlah dia akan melakukan perkara sedemikian seperti yang didakwa.
"Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada mak sekali. Anda jangan risau fasal saya. Kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri. Saya masih ada mak dan ayah. Anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri.
"Kalau orang nampak saya pergi dating ke, mesti ada mak saya sekali," katanya.
Qistina turut menasihatkan agar pihak yang cuba menabur fitnah kepadanya agar insaf daripada terus melakukan perkara sia-sia.
"Untuk pemilik video yang sebar dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut orang lain yang baca akan percaya dan menyebarkan kepada orang lain.
"Saya tidak mahu ia menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut," katanya. -CARI
|