“Kenapa nak membuli Adam? Saya dan family tak salah apa apa pun."
Itu reaksi Nik Mohd Adli, bapa kepada Nik Adam Mika ekoran video onani didakwa mirip pelakon remaja itu tular baru-baru ini. Dalam temu bual bersama Melodi pada Ahad minggu lalu, Adli yang nyata kecewa dengan insiden menimpa anaknya itu berkata, dia sedang mempertimbangkan untuk menarik Adam keluar dari industri dan akan berbincang mengenainya dengan pengurus pelakon terbabit.
“Satu Malaysia viral pasal anak saya melakukan perbuatan tak senonoh. Itu bukan anak saya! “Tolong jangan malukan Adam lagi. Masa kecik anak saya gembirakan semua dengan lakonan-lakonan dia, bila dia dah besar semua buli dia macam ni. Tak adil pada kami. “Mungkin saya akan bincang dengan pengurus Adam untuk tarik diri anak saya daripada dunia lakonan. Bukan saya mengalah, tapi saya dah terlalu kecewa. “Jangan lepas ni kata ‘Papa Adam takut peminat berhentikan Adam berlakon’, no!” tegasnya yang dipetik Xtra. Sementara itu, Adli turut menegaskan bahawa banyak faktor terutama bentuk kemaluan remaja berkenaan membuatkan dia yakin individu dalam video berkenaan bukan Adam. “Dalam video tu dia nampak kurus dan pendek, anak saya tinggi 159 sentimeter. Satu lagi, tengok kemaluan dia. Masa anak saya sunat, kesan khatan tu saya cuci. Kemaluan video remaja tular tu dah sah sah bukan anak saya punya,” jelasnya. Terdahulu, industri seni hiburan digemparkan dengan video tular menunjukkan aksi tidak senonoh didakwa mirip pelakon remaja lelaki, Adam di dalam biliknya. Sayangnya kalau Adam berhenti berlakon seandainya benar bukan dia dalam video itu. - CARI |
ADVERTISEMENT