CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mercedes Cabut Lari Lepas Rempuh Pam Minyak

17-9-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2683| Komen: 18

Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes C43 melarikan diri selepas merempuh sebuah pam di stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, awal pagi Sabtu.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebuah jentera dan lapan orang anggota dari Balai Bomba Taman Tun dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah malam.


Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan minyak di lokasi kejadian untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. Foto JBPM

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.


"Bagaimanapun, didapati tiada pemandu berada di dalam kereta terbabit semasa pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian," menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

PGO Kuala Lumpur memaklumkan, berlaku tumpahan minyak petrol susulan kemalangan terbabit.

"Pasukan bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam," kata kenyataan itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 17-9-2022 05:17 PM
Bangang!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote airfilterkotor 17-9-2022 05:21 PM
Awal pagi.
Kalau tak ngantuk, mabok.
Quote CiliPadiSedap 17-9-2022 05:30 PM
biasa driver cmni takkan mati, yang mati orang lain mangsa keadaan.
Quote Thunderclouds 17-9-2022 05:35 PM
Stesen minyak ni xpenah xramai org. Boleh jugak tlepas lari ek
Quote anony-mous 17-9-2022 05:49 PM
Tgk keadaan kereta boleh agk bangsa apa
Quote awanearisu 17-9-2022 05:54 PM
Oh begitu. Keretanya masih ada. Pemandunya yang melarikan diri.
Quote testly 17-9-2022 06:05 PM
Check jelah no plat tu kat jpj sapa punya. Xdelah susah mn pun nak dpt info owner kereta ni. Takkan semiskin sgt pkai merc dah langgar, berani buat berani tanggung lah.
Quote Perawankota 17-9-2022 10:57 PM
Dah lah selalu isi minyak kat situ..
Quote Highflyer19 18-9-2022 08:00 AM
Kes mabuk ni...
Quote Kancilkering 18-9-2022 08:48 AM
mabuk pun leh lari….org ni bukan heavy drinker kut….moga  mereput…
Quote Mulotkoyak 18-9-2022 11:27 AM
CiliPadiSedap: biasa driver cmni takkan mati, ...
biasenya yg mati malayuuuu trang tang tang mati.
Quote edayildiz 18-9-2022 11:29 AM
teruk jgk..drive xbc ayat kursi ke bro
Quote kepompong 18-9-2022 11:44 AM
cekap abam bomba… tak sampai sejam settle semua
Quote Decaffeinated 18-9-2022 10:51 PM
Kancilkering replied at 18-9-2022 08:48 AM
mabuk pun leh lari….org ni bukan heavy drinker kut….moga  mereput…

you mean bukan heavily intoxicated?

kalau setakat mabuk lite2 first thing akan affect your reflex tapi masih boleh memandu. Nak lari lagi la boleh.


Quote BoongaKertas 20-9-2022 08:16 AM
apa update dia? dpt tangkap ke tidok gais?
Quote Solokkk 20-9-2022 08:19 AM
Memang jilaker punya perangai. Mabuk?
Quote bulalof 20-9-2022 08:54 AM
buat la dgn kerap ops mabuk
Quote sangbara2020 20-9-2022 08:59 AM
kalau mabuk xmampu nak lari der...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.056096 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top