Selaras peredaran zaman apatah lagi dipengaruhi negara luar, pelbagai genre lagu terhasil menambat hati pendengar.
Malah, pelbagai jenis lagu diputarkan stesen radio mengikut selera pendengar masing-masing. Jika diperhatikan, generasi kini lebih gemarkan lagu yang sering diputar berulang kali. Contohnya, yang telah viral dan trending di TikTok pasti akan mendapat sambutan hangat. Namun, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maasdalam satu temu bual baru-baru ini berkata, “lirik sekarang tak berbekas dalam jiwa”. Komposer popular itu juga membezakan lagu sekarang dan dahulu yang mana liriknya diingati ramai hingga kini, antaranya adalah, Teguh, Sejati dan Rahsia Pohon Cemara. “Ia tentang lirik selain kekuatan melodi. Jangan lupa kekuatan lirik memainkan peranan, yang tu buat orang sangkut sebenarnya,” katanya. Setuju dengan Ajai? Sumber: Himpunan Cerita Lawak
|
cheezel replied at 18-9-2022 04:40 PM
Yang ni betul. Lirik selipar jepun la u so cute la. Punde betul
fahima80 replied at 18-9-2022 04:49 PM
Totally agree with Ajai. Kelmarin terdengar dalam radio Hotfm lagu Janji Kita nyanyian arwah achik b ...
ADVERTISEMENT