Aeril Zafrel tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai 'presiden TikTok' sebaliknya gelaran itu diberikan pengguna aplikasi media sosial terbabit.
Aeril yang kini memiliki dua juta pengikut di TikTok berkata, sebelum ini ramai yang memandang rendah terhadap media sosial itu yang disifatkan sebagai kebudak-budakan. "Saya tak pernah gelar diri saya presiden, tapi waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan saya antara selebriti yang aktif menggunakan TikTok. "Dulu ramai yang memandang aplikasi ini hina dan kebudak-budakan, tapi saya malas nak ambil pusing dan tetap teruskan dengan muat naik kandungan baru bagi menghiburkan hati rakyat Malaysia.
"Ketika itu hampir setiap hari saya kongsikan kandungan baru sehingga ramai muat turun TikTok semata-mata nak tengok video saya. Mungkin sebab itulah saya digelar presiden. "Bagaimanapun selepas PKP berakhir aplikasi itu mula menerima maklum balas positif dan kini menjadi salah satu cara untuk mereka mempromosikan perniagaan dan menjana pendapatan," katanya.
|
Ketika itu hampir setiap hari saya kongsikan kandungan baru sehingga ramai muat turun TikTok semata-mata nak tengok video saya. Mungkin sebab itulah saya digelar presiden.
ADVERTISEMENT