Wanita yang memilih lelaki lebih berusia sebagai pasangan hidup pasti akan mengundang pelbagai spekulasi masyarakat.
Apatah lagi jika lelaki dipilih itu mempunyai kewangan kukuh dan kehidupan stabil berbanding kebanyakan pemuda lain di luar sana. Seperti luahan seorang bakal pengantin wanita berusia 26 ini di Twitter Twtmalaywedding, dia bimbang akan dipandang serong apabila berkahwin dengan lelaki berstatus duda berusia 43 tahun. “Saya akan berkahwin dengan duda anak tiga dan umur dia dah 43 tahun ni. Saya okay saja sebab dia baik dan gentleman.
“Tapi satu saja saya tak okay. Takut kena judge dengan saudara mara, orang kampung dan kawan-kawan. “Saya takut nak beritahu kawan-kawan yang saya akan berkahwin dengan orang umur 43 duda anak tiga,” katanya dalam mesej tersebut. Bagi mengelakkan daripada menjadi umpatan rakan-rakan mengenai pilihan hidup, dia memilih untuk tidak membuat perkongsian di media sosial mengenai suami. Alasannya, dia tidak mampu menanggung rasa kecewa dan sedih untuk berhadapan dengan kritikan orang lain. Bagaimanapun, perkara itu bakal menjadi pertikaian kerana dia merupakan seorang yang aktif menggunakan Instagram. Tegas wanita itu lagi, memilih lelaki tersebut sebagai suami bukanlah disebabkan harta dan kemewahan dimiliki. “Kawan saya... depan saya dia cakap tak apa. Cinta itu buta. Tapi dia pergi mengumpat dekat kawan lain. “Sedangkan saya pilih dia bukan sebab harta. Dia tak kaya langsung pun sebab dia daripada famili miskin tapi kerja sekarang stabil. “Tapi orang bukan tahu pun dia miskin ke kaya. Yang mereka tahu kalau kahwin (orang) tua atau duda sebab harta. “Tu yang saya stress, tak kanlah saya nak beritahu harta dia miskin baru orang tahu saya kahwin bukan sebab harta,” ujarnya lagi. Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang memberikan pendapat mereka. Rata-rata mencadangkan agar wanita ini untuk mengehadkan hantaran di media sosial serta mengendahkan segala kata-kata negatif kepada mereka. “Kawin saja. Pedulikan orang kata. Yang penting kita happy dengan life kita. Kurangkan share fasal suami dekat media sosial. "Kalau ambil gambar pun daripada belakang ke... ala pandai-pandailah adjust. Jangan terlalu terkesan sangat dengan orang yang toksik. Kalau rimas block saja lantaklah kawan ke apa. “Kalau asyik fikir takut kena judge, susahlah macam tu. Sampai bila awak nak sembunyikan suami awak. You deserve to be happy. Pedulikan apa orang nak kata. "Tapi kalau masih takut jugak kena judge dan ia sangat mengganggu fikiran awak, tak payah kahwin dengan lelaki tu. “Kawan yang baik, dia akan sama-sama gembira apabila kita sampai khabar berita yang gembira. "Kalau kita sampaikan berita gembira tapi riak wajah dia mencurigakan. Ada benda tak kena dengan kawan tu,” komen netizen di Twitter.-CARI Sumber: mStar Online
|
greantea: Mengaku jek. Kawen duda sbb lg stabil. Duit byk. Apedehal. Janji korang bahagia. nak dgr sgt tanggapn org tu apesal? Kalo rasa x blh terima ckp2 org, ...
jazaa100 replied at 17-9-2022 04:07 PM
Bodoh sgt klu kau terima duda ank 3.....
Kau muda lg dah jadi babu jaga ank dia....
brego replied at 17-9-2022 04:17 PM
pompuan ni by nature memang gini kan,
takut nau dia menongkah arus, tak sama dengan majoriti lain.
t ...
ADVERTISEMENT