Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Selangor akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula Sabtu ini. "Sultan Selangor telah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin bagi menzahirkan hubungan baik baginda dengan Ratu Elizabeth II. "Titah itu juga adalah sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Ratu di Istana Balmoral selepas 70 tahun menaiki takhta dan adalah monarki paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom.
"Selaras titah berkenaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat semalam menjunjung titah dan mengarahkan semua Jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera Negeri separuh tiang atas perkenan baginda Sultan Sharafuddin," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Utusan melaporkan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju supaya bendera negeri Pulau Pinang dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini (19 September) sebagai menghormati kemangkatan dan hari pemakaman Ratu Elizabeth II. “Selaras dengan persetujuan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri menyahut keputusan berkaitan dan mengarahkan semua jabatan serta agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera negeri Pulau Pinang separuh tiang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Manakala Perak akan mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negeri itu, selama tiga hari, bermula Sabtu, sempena kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor AWANI. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang turut mengumumkan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Sumber: BH Online & Utusan Malaysia
|
nazniafrina replied at 16-9-2022 05:41 PM
Perak pun
kakikuDibibirmu replied at 16-9-2022 10:52 PM
Kenduri tahlil makan lauk apa malam tadi?
wirazam replied at 17-9-2022 09:23 AM
Singapore turunkan juga ke?
ADVERTISEMENT