CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Akademik Gelar Ratu Elizabeth Penjenayah Dunia, Setaraf Adolf Hitler

15-9-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2941| Komen: 23

TEHERAN –  Seorang ahli akademik Iran menggelarkan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai salah seorang penjenayah terbesar dalam sejarah umat manusia, lapor portal berita MailOnline.


Individu tersebut, Foad Izadi yang menjadi tetamu jemputan stesen televisyen Iran, Channel 1, turut menyamakan  baginda dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler dalam beberapa kenyataan yang lantang.

Ketika kebanyakan negara dan pemimpin dunia berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, beliau pula menganggap pemergian baginda sebagai satu berita baik untuk rakyat di negara-negara  tertindas.

Foto: AFP

“Legasi  Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan jenayah, kekejian dan kekotoran.


“Kemangkatan baginda tidak perlu ditangisi,” tegasnya.

Foad berkata, gelaran yang dinyatakan olehnya adalah  berdasarkan pencerobohan tentera Britain  di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda.

“Angkatan bersenjata Britain  adalah angkatan tentera Ratu.

“Jadi,  kita hanya mempunyai segelintir individu yang  terlibat dalam begitu banyak kekejaman pada abad lalu seperti Hitler sebagai contoh, beberapa Presiden Amerika Syarikat terdahulu dan Ratu Elizabeth II.

“Jumlah orang yang  terbunuh dalam pencerobohan tersebut mencecah jutaan nyawa dan Ratu Elizabeth II secara tidak langsung bertanggungjawab untuk perkara itu,” kata Foad.

Pendekatan berbeza diambil oleh pemerintah negara yang turut berada dikategorikan ‘musuh’ kepada Britain seperti Russia dan China yang secara terbuka mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain itu.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan atau komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad.

Pihak kementerian juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan kenaikan takhta Raja Charles III sebagai monarki baharu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 15-9-2022 11:35 AM
TEHERAN –  Seorang ahli akademik Iran menggelarkan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai salah seorang penjenayah terbesar dalam sejarah umat manusia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Individu tersebut, Foad Izadi yang menjadi tetamu jemputan stesen televisyen Iran, Channel 1, turut menyamakan  baginda dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler dalam beberapa kenyataan yang lantang.

Ketika kebanyakan negara dan pemimpin dunia berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, beliau pula menganggap pemergian baginda sebagai satu berita baik untuk rakyat di negara-negara  tertindas.

“Legasi  Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan jenayah, kekejian dan kekotoran.

“Kemangkatan baginda tidak perlu ditangisi,” tegasnya.

Foad berkata, gelaran yang dinyatakan olehnya adalah  berdasarkan pencerobohan tentera Britain  di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda.

“Angkatan bersenjata Britain  adalah angkatan tentera Ratu.

“Jadi,  kita hanya mempunyai segelintir individu yang  terlibat dalam begitu banyak kekejaman pada abad lalu seperti Hitler sebagai contoh, beberapa Presiden Amerika Syarikat terdahulu dan Ratu Elizabeth II.

“Jumlah orang yang  terbunuh dalam pencerobohan tersebut mencecah jutaan nyawa dan Ratu Elizabeth II secara tidak langsung bertanggungjawab untuk perkara itu,” kata Foad.

Pendekatan berbeza diambil oleh pemerintah negara yang turut berada dikategorikan ‘musuh’ kepada Britain seperti Russia dan China yang secara terbuka mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain itu.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan atau komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad.

Pihak kementerian juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan kenaikan takhta Raja Charles III sebagai monarki baharu. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/09/15/ahli-akademik-iran-gelar-ratu-elizabeth-penjenayah-dunia-setaraf-adolf-hitler/

image.jpg
Quote rosedemon 15-9-2022 11:51 AM
kihkih fakta. betul lah kan
Quote Highflyer19 15-9-2022 11:57 AM
...gelaran yang dinyatakan olehnya adalah  berdasarkan pencerobohan tentera Britain  di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda...war and conquer
Quote Orix 15-9-2022 11:59 AM
iya lah tu... org ereb mmg semua baik2, takde perang2, takde bunuh2 org, semua hidup aman damai.... turki,syria,yemen,mesir pffftttttttttttttttttt
Quote Orix 15-9-2022 12:00 PM
at least queen e ni ada jahat2 dia pun jahat dia bersebab, utk rakyat dia jugek... ummah punya perang2 tu semua utk sapo ?????? yg kt cni jahat2 menarah hutan utk sapo???
Quote Samerosie 15-9-2022 12:28 PM
Edited by Samerosie at 15-9-2022 12:30 PM

Selama 96 tahun dia hidup kau tak cakap apa dah mati baru nak cakap orang tu jahat la bagai ke?  Cakap la masa umur dia 94 ke 95 ke...
Quote white_musk 15-9-2022 12:32 PM
Samerosie replied at 15-9-2022 12:28 PM
Selama 96 tahun dia hidup kau tak cakap apa dah mati baru nak cakap orang tu jahat la bagai ke?  Cak ...

Pengecut kan... semasa orang itu hidup tak cakap apa apa pun,
orang tu sudahpun meninggal dunia, tak boleh nak defend diri dia juga
Quote Itzy 15-9-2022 02:11 PM
Orix: iya lah tu... org ereb mmg sem ...

jadi jahat kerana bercampur gaul dengan kaum kafir tu la
Quote Simunggu 15-9-2022 02:15 PM
org putih bukan semua boleh pakai...
Quote ifanonline 15-9-2022 02:19 PM
bukan sahaja british monarch, monarch2 lain di dunia pun jahat2 belaka
Quote jiwasemangat 15-9-2022 05:07 PM
Iran bukan nya Arab..
Iran tuu Parsi..
Fact must be right..
Quote sharlenetexas 15-9-2022 08:27 PM
Marah org Iran disamakan dgn orang Arab.

Quote batmana 15-9-2022 08:47 PM
bukan UK tak jemput myanmar dgn russia hadir majlis pengebumian e2 ni ke?
Quote ultra78 15-9-2022 08:51 PM
British dan Perancis yang melukis peta di middle east. Negara yang wujud di sana sekarang hasil ciptaan mereka.
Quote dua_chzy 15-9-2022 08:57 PM
ultra78 replied at 15-9-2022 12:51 PM
British dan Perancis yang melukis peta di middle east. Negara yang wujud di sana sekarang hasil cipt ...

Sama dengan di Asia Selatan.
Quote edayildiz 15-9-2022 09:53 PM
masa malaysia dijajah dulu kala zaman nenek ratu la yek
Quote BartholomewKuma 15-9-2022 10:06 PM
Orix replied at 15-9-2022 11:59 AM
iya lah tu... org ereb mmg semua baik2, takde perang2, takde bunuh2 org, semua hidup aman damai....  ...

Iran tu bukan bangsa arob baq hang
Quote epal_putih 15-9-2022 10:19 PM
Bila fakta yg bercerita
Quote Orix 15-9-2022 11:13 PM
BartholomewKuma replied at 15-9-2022 10:06 PM
Iran tu bukan bangsa arob baq hang

Sapo pulak cakap iran tu bangsa ereb ???

Iols ckap sebelum nk tegur org jauh sila lah tegur jiran sendiri dulu. Iran sendiri pun berperang dgan ummah ereb, so ? Kuman seberang lautan nmpak gajah depan mata buta agitchu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.196624 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top