Pendakwah bebas, PU Syed yang terkenal dengan kelantangan serta keberaniannya dalam menegur perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam sama sekali tidak gentar berhadapan dengan kecaman netizen.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, PU Syed yang memuat naik beberapa kiriman mesej berbaur cercaan dan makian yang dikirimkan kepadanya mencabar mereka untuk datang berbincang secara bersemuka.
"Ada lagi mesej-mesej yang PM pada saya oleh budak-buak tak cukup umur ini.
"Apa dia ingat saya takut dengan cercaan dan makian mereka?!
"Kalau berani mari depan saya lah. Jangan jadi pondan!" tulis PU Syed pada ruangan kapsyen hantaran di IG.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang memberikan maklum balas positif kepada PU Syed menyokong tindakannya yang berani memberikan teguran secara terbuka.
Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkannya agar terus bersabar dengan bersabar dengan situasi sedemikian. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
aku rasa, RBA ni ahli fanat parti hijau.. dulu masa belom ada power.. parti hijau ni.. asik menyalak je.. RUU la apa lah.. tapi sejak ada kuasa, rata2 semua mendiamkan diri dgn isu2 yang pernah dibangkitkan.
buang la gelaran PU ni sume. geli tgk peel memasing. bodoh benda gini pn nk melompat. yg berani tegur konsert black pink. konsert dewa berhari2 tu tanak pulak turun padang protest.
ni kalau bincang bersemuke pn tak jalan. spesis die je betul. die je terpaling ahli syurga