CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Masuk Hospital Sebab Demam, Serba Salah Tak Dapat Jalani Penggambaran

15-9-2022 10:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1533| Komen: 6|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon, Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau Mimi Lana, 27, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan bagi menerima rawatan kerana demam panas.

Mimi menerusi perkongsian di IG Story menjelaskan, dia mula tidak sihat sejak beberapa hari lalu dan bimbang dia terkena jangkitan Covid-19 atau influenza.

"Dua tiga hari saya rasa tak sedap badan dan pagi ini (Rabu), suhu badan naik secara tiba-tiba. Saya sejuk sampai menggigil.



"Saya bimbang terkena jangkitan Covid-19 atau influenza dan doktor suspek saya terkena dengki disebabkan simptom yang dialami. Mujur tiada apa-apa, hanya demam panas," tulisnya.

Mimi juga mengatakan itu adalah kali pertama dia ditahan di wad disebabkan demam.

Kebiasaannya, dia hanya akan ke klinik untuk mendapatkan ubat demam dan berehat di rumah. Mimi tidak menyangka demam yang dialaminya kali ini agak teruk.

Sumber IG

Sementara itu, aktres itu juga meluahkan rasa serba salah kerana tidak dapat menjalani penggambaran sedang dia masih terikat dengan jadual.

"Saya betul-betul rasa bersalah sebab sepatutnya ada penggambaran hari ini. Inilah kali pertama dimasukkan ke hospital ketika shooting.

"Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set seperti biasa," katanya. - CARI

Sumber IG




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 15-9-2022 10:39 AM
GWS. Jgn normalize rasa bersalah delay kerja sebab sakit. Your health is priceless. Payment 20mil USD pon tiada guna...
Quote pocongkiutss 15-9-2022 10:41 AM
Dia pegi konsert dewa & faztival kan..mujur demam panas biasa je
Quote LadyCarefree 16-9-2022 11:24 AM
Tahniah sbb sakit. Meleis kata sakit tu penghapus dosa. Lg teruk maka lg banyak dosa hapus.

Gigih tayang batang pisang xcukup zat tu dah kenapa?
Quote BknMaksum 16-9-2022 01:34 PM
Semoga cpt semboh & kembali bekerja spt biasa.
Quote shernazz 16-9-2022 05:39 PM
Alah..dok.je beberapa hari..
Kalau swasta tu..relaks2 saja..makan2.sambil jalan2 skit dalam.bilik...
Quote jejaka_hensem 16-9-2022 05:45 PM
Enjoy betul dia kat konsert faz haritu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.395875 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top