Pelakon, Remy Ishak, mendedahkan keinginannya untuk berehat sebentar dari dunia lakonan kerana merasakan seolah-olah hilang identiti diri disebabkan melakonkan pelbagai watak.
Memetik laporan Gempak, Remy yang berkongsi perkara itu menerusi TikTok 'live' bersama isterinya, Ezza Yusof, mengatakan dia ingin mengambil masa untuk mencari kembali dirinya yang sebenar.
Sumber Gempak
"Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya.
"Saya pun dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat... rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi, macam diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.
"Sekarang nak relax kejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelumini saya macam back to back berlakon., jadi saya macam tak kenal diri sendiri pula," kata Remy.
Sumber FB
Menerusi ruangan komen, ramai peminat bertanyakan penampilan Remy yang kini berambut panjang.
Jelas isterinya, Remy baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem namun tidak dinyatakan judul naskhah tersebut. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Kenyataan ini hanya boleh dikeluarkan oleh pelakon yang betul betul buat homework, analisis watak dan jujur dalam lakonannya. Good job Remy. Pergilah rehat. Ko pun dah kertu takde energy dah