CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 4

Remy Ishak Nak Rehat Berlakon, Hilang Diri Pegang Banyak Watak

[Copy link]
Post time 15-9-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Sumber FB


Pelakon, Remy Ishak, mendedahkan keinginannya untuk berehat sebentar dari dunia lakonan kerana merasakan seolah-olah hilang identiti diri disebabkan melakonkan pelbagai watak.



Memetik laporan Gempak, Remy yang berkongsi perkara itu menerusi TikTok 'live' bersama isterinya, Ezza Yusof, mengatakan dia ingin mengambil masa untuk mencari kembali dirinya yang sebenar.



Sumber Gempak


"Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya.



"Saya pun dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat... rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi, macam diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.



"Sekarang nak relax kejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelumini saya macam back to back berlakon., jadi saya macam tak kenal diri sendiri pula," kata Remy.



Sumber FB


Menerusi ruangan komen, ramai peminat bertanyakan penampilan Remy yang kini berambut panjang.



  



Jelas isterinya, Remy baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem namun tidak dinyatakan judul naskhah tersebut. -CARI

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan ini hanya boleh dikeluarkan oleh pelakon yang betul betul buat homework, analisis watak dan jujur dalam lakonannya. Good job Remy. Pergilah rehat. Ko pun dah kertu takde energy dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:33 AM | Show all posts
Dia kan baru habis shoot filem The Expert so rehat je la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh patut takde dlm pilem Bakara tu, mak dia apa cite ye? Dah makin ok ke?

Kalau Remy rehat boleh la suh Leandra Cikicow ganti, muka lebih kurang jaah tp versi copy ori laa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 11:03 AM | Show all posts
Aku suka tengok dia dalam hala 3. Meronda naik motor masuk celah kampung.

Sejak kawen dia ni nampak xhappy je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035824 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list