Penyanyi Valdy Nyonk yang sering tampil bersongkok menjelaskan dia memilih tampil begitu kerana teringat pesanan guru agamanya.
Kata Valdy atau nama sebenarnya Muh Valdy, ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan dirinya daripada terpalit perbuatan bertentangan agama. “Satu pesan guru saya yang saya masih ingat... ke mana saja saya berjalan, saya kena tahu dunia muzik ini banyak dugaan. “Salah satu yang boleh menjaga saya dari melakukan hal-hal yang buruk ialah songkok. “Jadi kalau saya sedang bersama rakan yang ‘minum’ apabila mereka melihat pemakaian saya mereka berasa segan untuk pelawa saya,” katanya kepada mStar.
Valdy akan berada di Malaysia pada 23 Oktober depan bagi menjayakan Konsert Hype Night in KL bersama rakan artis lain seperti Zinidin Zidan, Nabila Maharani, Ezad Lazim, Najwa Latif dan Amir Masdi. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT