CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Diserang Kanggaru Peliharaan

14-9-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1214| Komen: 4

BRISBANE, Australia – Seorang warga emas maut diserang seekor kanggaru yang juga haiwan peliharaannya di wilayah rantau Great Southern, negeri Australia Barat, lapor portal berita MailOnline.


Pasukan paramedik  tiba di kediaman lelaki itu di Redmond, dekat Albany malam Ahad lalu selepas mangsa yang berusia 77 tahun, ditemui oleh saudaranya dalam keadaan mengalami kecederaan serius.

Polis dipanggil untuk membantu selepas kanggaru itu menjadi agresif dan menghalang anggota paramedik daripada merawat mangsa yang akhirnya mati secara tragis di tempat kejadian.

Foto: Daily Mail

Lelaki itu dipercayai diserang oleh kanggaru itu beberapa jam sebelum pihak berkuasa tiba.


Polis percaya kanggaru itu adalah haiwan liar  berumur kurang daripada 12 bulan yang  dipelihara oleh mangsa.

“Kanggaru itu menimbulkan ancaman berterusan kepada petugas kecemasan, manakala anggota polis yang tiba terpaksa  membunuh haiwan itu dengan menggunakan senjata api,” kata seorang jurucakap polis.

Perkhidmatan kecemasan masih belum mengeluarkan butiran mengenai kecederaan lelaki itu.

Insiden tersebut merupakan serangan maut kanggaru  pertama di Australia dalam tempoh 86 tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 14-9-2022 12:49 PM
kat asia tenggara ramai yg bela monyet.
Quote Scheherazade 14-9-2022 01:12 PM
ganas betul kangaroo ni despite it's gentle look
Quote KamikuP 14-9-2022 01:13 PM
Terinat kes dulu sebelum mamat ni tembak monyet tu dia cakap kat monyet tu baby sayang - ikut cara Mira Filzah cakap
Quote rosedemon 14-9-2022 08:36 PM
sebelum ni gajah sekarang kangaroo pun mengganas

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048489 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top