“Awak memang berbakat. Bakat yang dikurniakan dan dianugerahkan oleh Allah SWT.” Demikian kata-kata pujian oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin terhadap anak perempuannya, Putri Dahlia apabila berkongsi rasa gembira atas bakat seni yang dikurniakan kepada gadis tersebut.
Menurut Nora, dia percaya darah seni yang mengalir dalam tubuh Dahlia adalah bakat yang diwarisi daripada arwah bapanya iaitu komposer terkenal negara, Allahyarham Johan Nawawi selain ‘menumpang’ sedikit bakat daripadanya sebagai seorang penyanyi. “Putri Dahlia mewarisi bakat daripada ayahnya, arwah Johan Nawawi. Kalau pun ada daripada saya mungkin sedikit sahaja.
“Sebagai ibu, saya tumpang gembira dan sentiasa berdoa agar Putri Dahlia diberikan peluang untuk melangkah lebih jauh dan kekal dengan keunikan tersendiri,” katanya. Ujar pelantun lagi Dipersimpangan Dilema itu lagi, dia berharap agar Dahlia yang kini berusia 16 tahun boleh menjadi seorang bintang yang bersinar dan percaya serta yakin dengan diri sendiri.
|
dekmieDandy replied at 14-9-2022 04:34 PM
fuhhh Spotify monthly listener dia dah kalahkan TokTi woi
dia 800k++ sebulan
csham replied at 14-9-2022 04:19 PM
Sejak bila arwah Johan jadik penyanyi? Bukan dia composer ke..yg gedik gedik penyanyi Tu si Nora. Na ...
irish_ieka replied at 14-9-2022 01:16 PM
tebal nye muke ko dek. kang netizen korek balik kisah comolot depresi pulak
ADVERTISEMENT