CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4006|Reply: 39

Nora Ariffin Bangga Anak Jadi Penyanyi, Warisi Bakat Daripada Arwah Johan

[Copy link]
Post time 14-9-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode
“Awak memang berbakat. Bakat yang dikurniakan dan dianugerahkan oleh Allah SWT.”


Demikian kata-kata pujian oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin terhadap anak perempuannya, Putri Dahlia apabila berkongsi rasa gembira atas bakat seni yang dikurniakan kepada gadis tersebut.


Foto: IG




Menurut Nora, dia percaya darah seni yang mengalir dalam tubuh Dahlia adalah bakat yang diwarisi daripada arwah bapanya iaitu komposer terkenal negara, Allahyarham Johan Nawawi selain ‘menumpang’ sedikit bakat daripadanya sebagai seorang penyanyi.


“Putri Dahlia mewarisi bakat daripada ayahnya, arwah Johan Nawawi. Kalau pun ada daripada saya mungkin sedikit sahaja.


“Sebagai ibu, saya tumpang gembira dan sentiasa berdoa agar Putri Dahlia diberikan peluang untuk melangkah lebih jauh dan kekal dengan keunikan tersendiri,” katanya.


Ujar pelantun lagi Dipersimpangan Dilema itu lagi, dia berharap agar Dahlia yang kini berusia 16 tahun boleh menjadi seorang bintang yang bersinar dan percaya serta yakin dengan diri sendiri.


  



Pada masa sama, Nora turut menitipkan kata-kata nasihat kepada Dahlia tentang kehidupan seorang artis yang akan melalui fasa naik turun dalam kerjaya.


“Lumrah kehidupan. Itu adalah proses sebagai artis ibarat putaran roda. Bila sudah meningkat usia, kita wajar memberi laluan kepada legasi dan generasi baharu untuk terus mewarnai industri,” katanya dalam Instagram.




  



Tambah Nora, dia sangat bersyukur apabila mampu bertahan selama 30 tahun sejak berkecimpung dalam bidang seni dan dikurniakan pelbagai anugerah dan pengalaman tidak terhingga untuk dikongsikan.


“Alhamdulillah, 30 tahun menjadi anak seni. Saya sudah cukup bersyukur dengan segala anugerah dan pengalaman yang ada dan bersedia untuk berkongsi ilmu.


“Selamat maju jaya sayang. Saya bangga dengan awak,” kata Nora.




  



  



Sekadar info, lagu nyanyian Dahlia menerusi lagu Old Love bersama penyanyi Yuji telah mendapat perhatian pendengar yang memuji keunikan suara miliknya.


Lebih membanggakan apabila lagu tersebut menduduki tangga pertama dalam carta Spotify Malaysia. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 11:33 AM | Show all posts
Ohh...dah Datuk ye sheols nih???
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni ker kes comolot tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 11:50 AM | Show all posts
oklah suara dia. jaga diri dik, nak masuk industri ni. jangan pisang berbuah dua kali pulok
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:04 PM | Show all posts
Sedap la suara anak Nora ni. Bakat tu mmg ada. Tengok yg live pon ok. Tp baju masa tgk rancangan kt RTM tu, maybe boleh diperbaiki. 16 tahun baru kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
berseri2 muka nora sejak berlaki ni...ermmmmm...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak die yg tu ke

Berani nye bg masok industri hiburan lg
Ntah la noks
Suke hati la

Tp acik nora pas nikah annoying btol
Nk cite pasal suami je
Wekkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:40 PM | Show all posts
Boleh tahan suara anak dia. Jumpa lagu dlm Spotify tak tahu penyanyi tu anak dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tebal nye muke ko dek. kang netizen korek balik kisah comolot depresi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:58 PM | Show all posts
Oo ni yg comolot tu ek

Laki baru sheolls dia tu sskjp jugakah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:01 PM | Show all posts
eh bukan setakat pandai nyanyi...pandai comolot jugak...dari siapa dia warisi tu??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila arwah Johan jadik penyanyi? Bukan dia composer ke..yg gedik gedik penyanyi Tu si Nora. Nak humble brag lettew.. bila org puji sore anak dia... sedangkan bakat dia la yg turun ke anak dia yg kes comolot Tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:34 PM | Show all posts
fuhhh Spotify monthly listener dia dah kalahkan TokTi woi

dia 800k++ sebulan

TokTi baru 500k++ sebulan



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu OLd love ni mmg viral gila kan.. No wonder streaming kaw2.. Yg pasangan duet dia tu malaysian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:44 PM | Show all posts
ade kes comolot ke uols. xingt dah. tepekla sikit gambar
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggj confident level budak ni ye. Relaks je tunjuk muka walaupun kecoh kes comolot dulu tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 14-9-2022 04:34 PM
fuhhh Spotify monthly listener dia dah kalahkan TokTi woi

dia 800k++ sebulan

Boleh tahan sedap jugak suara dedua ni. Lagu pun best.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 14-9-2022 04:19 PM
Sejak bila arwah Johan jadik penyanyi? Bukan dia composer ke..yg gedik gedik penyanyi Tu si Nora. Na ...

Lagu Jentayu, arwah ada nyanyi 1 verse.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
irish_ieka replied at 14-9-2022 01:16 PM
tebal nye muke ko dek. kang netizen korek balik kisah comolot depresi pulak

Cemolot je pun. Yang si safik blakang sikit, si jul, isteri lembaga semua tu, ok ja meneruskan hidup memasing. Nak kritikal kat budak ni cm over sgt. So budak tu kne berkurung je la? Xde peluang lain dah? Double standard + inferior sexist. Ngn budak pon nak analytical gile.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn silap langkah lagi dik, kalau nak birah tunggu nikah. Sedap suara
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.065602 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list