Sentiasa mengamalkan sikap profesional, Fasha Sandha juga tahu untuk menjaga batas apabila bergandingan dengan pasangan pelakon lelaki meskipun suami sendiri iaitu Aidil Aziz turut sama terlibat dalam sebuah drama.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mana-mana babak bersama pelakon Zarul Husin dan Afieq Shazwan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku adalah hanya memenuhi kehendak naskhah tersebut. “Setiap babak yang saya jayakan dalam drama tersebut adalah mengikut permintaan naskah. Pastinya apa yang saya buat ada batasan dan perlu bersikap profesional. “Saya perlu respect semua pelakon kerana mereka juga ada pasangan sendiri. Ketika di set saya adalah Datin Safieya (watak dalam drama), tetapi di luar, saya tetap isteri kepada Aidil Aziz,” katanya kepada mStar.
Melakonkan babak-babak romantis dengan gandingan hero, Fasha sedar ia bakal menjadi sebutan dan tidak dapat lari dari kecaman netizen apabila drama itu ditayangkan bermula 23 September ini di aplikasi iQiyi.
|
pearl.silver replied at 16-9-2022 09:44 AM
Sblum ni ada artis pompuan wat statement suami sy xkisah sy berlakon watak penggoda bersentuhan lela ...
Geeayden replied at 16-9-2022 09:25 AM
Dah bini bnyk dpt job..peluk2 pun x kisah, daring atas katil pun ok...
ADVERTISEMENT