Datin Alyah tidak pernah meletakkan sebarang harapan lagu nyanyiannya bersama Cat Farish dan Ustaz Haris berjudul Thank You Allah diangkat sebagai pemenang kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23).
Alyah berkata, dia juga bersyukur apabila lagu yang dihasilkan secara spontan ketika dia mengerjakan umrah pada 2019 itu diterima baik dan disukai pelbagai peringkat umur. "Untuk lagu ini, saya tak rancang apa pun, takdir Allah SWT membawa saya ke sini. Melodi pada bahagian korus lagu itu saya dapat ilham ketika saya mengerjakan umrah tiga tahun lalu. Jadi bila saya pulang, kita semua kena 'kurung' (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Ketika itu kita semua tahu ramai yang terkesan misalnya ada yang kehilangan pekerjaan, tertekan, bunuh diri dan sebagainya. Namun, ketika itu saya dapat tawaran daripada satu jenama kecantikan yang agak baik untuk menjadi duta. "Pada saat ramai yang berada dalam tekanan, saya terima rezeki daripada-Nya. Jadi daripada situlah tercetusnya ilham menghasilkan Thank You Allah. Saya duduk, berfikir sambil ucap terima kasih kepadaNya atas rezeki yang dilimpahkan. "Tiba-tiba teringat melodi yang saya masih lagi simpan dalam telefon ketika itu, kemudian menghubungi komposer untuk menghasilkan sebuah lagu, Alhamdulillah," katanya.
|
ADVERTISEMENT