CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 876|Reply: 4

Thank You Allah- Alyah Dapat Idea Hasilkan Lagu Semasa Umrah Di Mekah

[Copy link]
Post time 13-9-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Datin Alyah tidak pernah meletakkan sebarang harapan lagu nyanyiannya bersama Cat Farish dan Ustaz Haris berjudul Thank You Allah diangkat sebagai pemenang kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23).


Alyah berkata, dia juga bersyukur apabila lagu yang dihasilkan secara spontan ketika dia mengerjakan umrah pada 2019 itu diterima baik dan disukai pelbagai peringkat umur.


Foto: IG




"Untuk lagu ini, saya tak rancang apa pun, takdir Allah SWT membawa saya ke sini. Melodi pada bahagian korus lagu itu saya dapat ilham ketika saya mengerjakan umrah tiga tahun lalu. Jadi bila saya pulang, kita semua kena 'kurung' (Perintah Kawalan Pergerakan).


"Ketika itu kita semua tahu ramai yang terkesan misalnya ada yang kehilangan pekerjaan, tertekan, bunuh diri dan sebagainya. Namun, ketika itu saya dapat tawaran daripada satu jenama kecantikan yang agak baik untuk menjadi duta.


"ada saat ramai yang berada dalam tekanan, saya terima rezeki daripada-Nya. Jadi daripada situlah tercetusnya ilham menghasilkan Thank You Allah. Saya duduk, berfikir sambil ucap terima kasih kepadaNya atas rezeki yang dilimpahkan.


"Tiba-tiba teringat melodi yang saya masih lagi simpan dalam telefon ketika itu, kemudian menghubungi komposer untuk menghasilkan sebuah lagu, Alhamdulillah," katanya.




  



Menurut Alyah, dia menganggap kemenangan yang diraih adalah sesuatu yang tidak dijangka.


"Saya berbesar hati sebenarnya apabila berada di dalam kategori itu di samping rakan penyanyi lain yang sudah sedia dikenali menerusi genre nasyid.


"Bila diumumkan menang, saya tidak terfikir apa-apa pun. Memang tidak sangka kerana setiap lagu yang bertanding memiliki kehebatan tersendiri. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk semua pihak yang terbanit di sebalik lagu ini," katanya.




  



Alyah menerima trofi AIM pertamanya pada 2014 dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 10:55 AM | Show all posts
kat sana pun sibuk nak fikir dunia hiburan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:01 AM | Show all posts
terpaling?


lama dah x memonen
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau pulak lagu ni nasyid.. Tau2 menang je
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung nau dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055389 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list