CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lah...Jadi Duta Ekspo Pengantin, Nuha Dan Naufal Bukan Nak Kahwin

13-9-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1525| Komen: 8

Nuha Bahrin mengakui dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan rakan duetnya dalam lagu Casablanca, Naufal Azrin.

Kata Nuha, hubungan dia dan Naufal ibarat seorang abang dengan adik dan mereka berdua selesa sekadar bergelar kawan.

Foto: IG

“Kami tidak bercinta. Naufal ibarat abang bagi saya.

“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friend zone’ dia,” katanya.

Pada majlis tersebut, pasangan duet sensasi itu diumumkan sebagai duta ekspo pengantin tersebut yang bakal berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 hingga 25 September ini.




Sementara itu, Naufal memberitahu, buat masa ini, dia hanya ingin fokus kepada kerjaya seninya dan tidak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang perkahwinan atau teman istimewa.

“Kerjaya seni saya pun baru bermula. Buat masa ini saya tak boleh nak komen pasal teman istimewa apatah lagi perkahwinan.

“Saya mahu beri tumpuan kepada bidang ini dan keluarga saya sahaja,” ujarnya.


Terdahulu, sekeping foto memaparkan Nuha dan Naufal segak mengenakan busana pengantin berona putih tular dalam media sosial hingga menjadi persoalan dan tanda tanya netizen.


Sebelum ini, kedua-dua nama penyanyi muda itu tular dan meraih populariti hingga ke Indonesia disebabkan lagu hit mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 13-9-2022 09:57 AM
Ganti chipmunk ke masuk2 jd artis scandal dgn semua rakan duet..
Quote esbok 13-9-2022 10:20 AM
“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friend zone’ dia,” katanya. kau dengar tu Naufal.

ni ibarat suruh kau bukak langkah. Tapi dik Nuha, kalau dik Nopal buat bodo, maksudnya dia tak mau kau, jadi boleh stop dah bagi hint secara peringkat satu negara.
Quote akuHavocczz 13-9-2022 10:51 AM
sape je yang percaya diaorang kawin. lambettt lagiii
Quote laksmanabentan 13-9-2022 10:52 AM
harap kontroversi jer laaa...
yucksss
Quote Pujangga22 13-9-2022 11:05 AM
Netijen bongok mn yg percaya korang kawen ni..
Quote videcloset 13-9-2022 11:13 AM
dont want to sound that cliche but honestly, siapa 2 ketul ni? budak AF ke?
Quote Perawankota 13-9-2022 04:21 PM
Aku br je dgr lagu dorang ni.. Lor, kat chorus je rupanya cakap melayu. Pastu mcmtu je lah dok ulang2.. Caner lah leh famous
Quote DeLuna85 14-9-2022 10:41 AM
Nuha ni bukan Tak cantik tapi di mata aku Tak la cantik. Hodoh pun Tak. Tapi muka sejenis blur

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.247486 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top