View: 1175|Reply: 8
|
Lah...Jadi Duta Ekspo Pengantin, Nuha Dan Naufal Bukan Nak Kahwin
[Copy link]
|
|
Nuha Bahrin mengakui dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan rakan duetnya dalam lagu Casablanca, Naufal Azrin.
Kata Nuha, hubungan dia dan Naufal ibarat seorang abang dengan adik dan mereka berdua selesa sekadar bergelar kawan.
Foto: IG
“Kami tidak bercinta. Naufal ibarat abang bagi saya.
“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friend zone’ dia,” katanya.
Pada majlis tersebut, pasangan duet sensasi itu diumumkan sebagai duta ekspo pengantin tersebut yang bakal berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 hingga 25 September ini.
Sementara itu, Naufal memberitahu, buat masa ini, dia hanya ingin fokus kepada kerjaya seninya dan tidak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang perkahwinan atau teman istimewa.
“Kerjaya seni saya pun baru bermula. Buat masa ini saya tak boleh nak komen pasal teman istimewa apatah lagi perkahwinan.
“Saya mahu beri tumpuan kepada bidang ini dan keluarga saya sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, sekeping foto memaparkan Nuha dan Naufal segak mengenakan busana pengantin berona putih tular dalam media sosial hingga menjadi persoalan dan tanda tanya netizen.
Sebelum ini, kedua-dua nama penyanyi muda itu tular dan meraih populariti hingga ke Indonesia disebabkan lagu hit mereka. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganti chipmunk ke masuk2 jd artis scandal dgn semua rakan duet.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friend zone’ dia,” katanya. kau dengar tu Naufal.
ni ibarat suruh kau bukak langkah. Tapi dik Nuha, kalau dik Nopal buat bodo, maksudnya dia tak mau kau, jadi boleh stop dah bagi hint secara peringkat satu negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
sape je yang percaya diaorang kawin. lambettt lagiii |
|
|
|
|
|
|
|
harap kontroversi jer laaa...
yucksss |
|
|
|
|
|
|
|
Netijen bongok mn yg percaya korang kawen ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dont want to sound that cliche but honestly, siapa 2 ketul ni? budak AF ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku br je dgr lagu dorang ni.. Lor, kat chorus je rupanya cakap melayu. Pastu mcmtu je lah dok ulang2.. Caner lah leh famous |
|
|
|
|
|
|
|
Nuha ni bukan Tak cantik tapi di mata aku Tak la cantik. Hodoh pun Tak. Tapi muka sejenis blur |
|
|
|
|
|
|
| |
|